Laman Utama

"Letaklah Luar, Ini Bukan Parking Lot" - Tularkan Foto Berselipar Dalam Masjid, Individu Ini Kena Tarbiah Balik!

gempak
Amri Hassan
22/06/2021
09:50 MYT
Sponsor Banner
"Letaklah Luar, Ini Bukan Parking Lot" - Tularkan Foto Berselipar Dalam Masjid, Individu Ini Kena Tarbiah Balik!
Sekeping foto beberapa individu berselipar dan berbungkus plastik di dalam ruang yang dipercayai sebuah masjid tular di media sosial.
Dalam foto berkenaan, individu-individu berkenaan sedang duduk di kerusi yang disusun berbaris dan sedang menunggu giliran suntikan vaksin.
Bagaimanapun, foto berkenaan mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada pengguna media sosial yang mengandaikan tatacara berkenaan tidak sesuai.
"Bila lagi nak tengok orang bawa selipar dalam masjid? Inilah masa dia zaman fitnah.
"Apa ko tak boleh letak selipar kat luar masjid ker bang? Ini masjid bang bukan parking lot. Ini semua bodoh," tulis pengguna menerusi foto yang tular di Twitter itu.
Hal itu menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang membalas kicau tweet berkenaan.
"Ini gambar di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak. Selipar & kasut dimasukkan dalam plastik & penerima vaksin bawa bersama ke dalam masjid.
"Selipar/kasut dalam plastik & dibawa bersama dalam masjid adalah suasana biasa di Masjidil Haram & Masjid al-Nabawi.
"Jika tidak ada ‘ain najis, maka tidak dikira bernajis. Kaedah fiqh menyebut dengan maksud; Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan)," jawabnya. Perkara sama mendapat respon beberapa pengguna media sosial lain. Kata mereka situasi sama telah dipraktikkan selama ini.
"Bangang., ! hahahaha., tak pernah g masjid ke seblum ni dik? Dah lama buat kot bawa masuk selipar dalam plastic ke dalam masjid., macam tak pernah kena PKP je ko kan.
"Literally every masjid buat mcm ni nak elak berkerumun rebut selipar. Nampak sgt tak pergi masjid," tulis beberapa pengguna.
Balas aktivis kesihatan mental, Aiman Amri pula; "Macam mana tahu najis? Selipar kotor itu betul, tetapi najis bukan semestinya.
"Betul la tu sekarang zaman fitnah, iaitu oleh orang yang tulis tweet ini dan yang edit gambar itu.
Beberapa pengguna lain turut berkongsi keadaan sama di negara luar.
"Saya setuju ini suasana biasa sbb sepanjang sy menetap di Turki kalau masuk ke masjid memang macam ni.Mungkin segelintir masyarakat tak biasa dgn situasi begini akn pandang prkara sebegini sebagai fitnah.
"Di Bangladesh, ada peti letak kasut di setiap saf di dalam masjid... Memang biasa diamalkan begitu.. kalau letak di luar, alamatnya balik berkaki ayam," tulis pengguna di Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live