Laman Utama

Lewat Ke Sekolah, Cara Faizal Tahir ‘Handle’ Anak-Anak Tarik Perhatian - “Didikan Bagus, Bebelan Paling Sopan..”

gempak
Azwa Rahman
08/02/2022
04:01 MYT
Sponsor Banner
Lewat Ke Sekolah, Cara Faizal Tahir ‘Handle’ Anak-Anak Tarik Perhatian - “Didikan Bagus, Bebelan Paling Sopan..”
Penyanyi Faizal Tahir mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi aktiviti hariannya menghantar anak-anak ke sekolah.
Menerusi platform TikTok, Faizal yang menghantar empat orang anaknya yang lengkap memakai uniform sekolah turut berkongsi gelagat mereka masing-masing.
Dalam perkongsian berdurasi kurang dua minit itu juga menunjukkan Faizal bergegas kerana telah terlewat menghantar anak-anaknya.
“Sorang hidung berdarah, sorang hilang kopiah, yang lagi dua orang bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah.
“Alhamdulillah, semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InsyaAllah. Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat, salahkan abah,” ujar Faizal di ruangan kapsyen.
@faizal_tahir
Sorang hidung berdarah, sorang hilang kopiah yg lagi dua orang bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah. Alhamdulillah ?Semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InshaAllah ☺️Ps: Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat salahkan abah ?
♬ original sound - Faizal Tahir
Di dalam perjalanan ke sekolah, pelantun lagu Sampai Syurga itu turut dilihat menegur kelakuan anak-anaknya dan menasihati mereka.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap cara Faizal mendidik anak-anaknya.
Ramai yang suka Faizal menegur kelakuan anak-anaknya dengan cara ‘tegas tetapi lembut’ serta penggunaan bahasa Inggeris yang ‘sedap didengar’.
“@duchess:Weh kat sekolah cikgu tanya kamu anak siapa? astu diorang jawab, bapak saya faizal tahir, cikgu. PERGHHHH.”
“@hamba abdi:Macam tengok mat saleh hantar anak pergi sekolah.”
“@shazashifaa:Alahai boleh nangis dengar orang cakap lembut gini. Didikan bagus yang dia dapat, macam tu lah dia didik anak-anak dia.”
“@Mazenah06:Sedap dengar Faizal baca doa dengan cakap orang putih. Anak ramai banyaklah ragam. Bertabahlah yer.”
“@nurul syuhada:Bapak buka pintu untuk anak its another level.”
“@IbuIzzharMalique:10 kali ulang.. Bebelan paling sopan je dengar.. Kalo kena bebel mcm ni, seribu kali pun takpe.. Tak terasa hati.. Selalu kena bebel pedih di hati.”
“@endesty:Alahai lembutnya bapaknya communicate dengan anak.. dia punya slang BI…masyaallah…teruja maksssssss!!”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan daripada warga TikTok.
Sekadar info, Faizal Tahir dan isteri, Siti Raihanim Rohan mendirikan rumah tangga pada tahun 2001.
Pasangan tersebut dikurniakan tujuh orang anak iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, Ahmad Rifa’ei Zidane dan Khalid Al-Walid, Siti Raudhah Nur Iman, Siti Rawdha Nur Jannah, Siti Nawar Malaikha dan seorang bayi yang baru dilahirkan pada Disember 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live