Berita

"Saya Tak Tahu Boleh Kembali Bermain Bola Sepak Atau Tidak" - Faisal Halim

gempak
Gempak
13/06/2024
07:21 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Tahu Boleh Kembali Bermain Bola Sepak Atau Tidak" - Faisal Halim
Bintang Selangor FC, Faisal Halim tidak tahu sama ada mampu untuk kembali bermain bola sepak selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei.

Doa kembali pulih

Menurut Faisal yang muncul kali pertama dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Selangor FC, mengharapkan semua pihak mendoakannya untuk kembali pulih seperti sebelum ini dan kembali bermain.

Berita Trending: Luka Faisal Halim Masih Lagi Basah

Berita Trending: Faisal Halim Disimbah Asid: “Apa Kena Mengena Dengan Saya” - Tunku Mahkota Ismail

Berita Trending: CCTV Dipercayai Rakaman Insiden Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Tular

Berita Trending: Berkulit Sawo Matang Antara Ciri-Ciri Suspek Serangan Simbah Asid Faisal Halim

Berita Trending:Dah Pindah Ke Wad Biasa, Faisal Halim Teringin Makan Nasi Kandar

"Keadaan sekarang saya tidak tahu sama ada dapat kembali dalam bola sepak atau tidak pada sekarang ini.

"Tetapi saya mengharapkan doa semua pihak untuk kembali bermain," katanya dalam sidang akhbar tersebut pada Khamis.

Sebelum ini, Sukan Sinar melaporkan Faisal menjadi mangsa simbahan asid yang berlaku di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.
Pemain sayap kebangsaan itu juga perlu menjalani empat pembedahan untuk merawat luka kelecurannya itu sebelum dibenarkan keluar dari hospital pada 25 Mei lalu.Selepas itu, Faisal menjalani proses pemulihan di lokasi dirahsiakan selain kawalan ketat bagi memastikan keselamatannya.
Sumber: Sinar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024