Bahang temasya Piala Dunia Qatar 2022 semakin terasa. Banyak kejutan yang terjadi sejak awal perlawanan dalam pemilihan kumpulan.
Ini termasuklah, apabila wakil Afrika, Morocco melakar sejarah saat menunjukkan jalan pulang kepada pasukan pilihan dari Eropah, Portugal dengan 1-0 di Stadium Al Thumama.
Hasil kemenangan mengejutkan itu, Morocco yang pertama kali layak ke pusingan separuh akhir dijadual menentang pasukan gergasi Perancis.
Selain Morocco dan Perancis, pasukan Argentina akan bertembung dengan Croatia terlebih dahulu sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan hari ini.
Meski belum tiba ke pusingan separuh akhir yang akan menyaksikan hanya dua pasukan merebut kejuaraan pada final Piala Dunia Qatar 2022 kelak, pemain legenda Brazil, Ronaldo Nazario sudah memberikan prediksi terhadap tim yang akan membawa pulang piala berharga ini.
Tanpa basa basi Ronaldo meramalkan Perancis akan menjadi juara Piala Dunia Qatar 2022.
Tidak hanya meramal pasukan yang menjadi juara, Ronaldo turut memilih Kylian Mbappe berbanding Messi sebagai pemain terbaik dalam temasya kali ini.
“Saya selalu meramalkan Brazil akan bertemu Perancis di final. Namun Brazil sudah tersingkir.
“Jadi Perancis adalah pasukan pilihan saya untuk menjuarai Piala Dunia Qatar 2022,” ujar Ronaldo seperti dilaporkan AFP.
Dia kemudian mengatakan Mbappe sangat menonjol dalam temasya tahun ini sebelum memilihnya sebagai pemain terbaik Piala Dunia Qatar 2022.
“Mbappe mungkin akan menjadi pemain terbaik. Dia memiliki tahap fizikal dan kualiti teknikal yang baik.
“Dia memiliki bakat semula jadi dan mungkin akan mempunyai pengalaman menjadi pemain terbaik Piala Dunia pada usia 23 tahun,” katanya.
Sementara itu, Ronaldo yang mencetak kedua gol di final Piala Dunia 2002 melawan Jerman bagaimanapun mengatakan akan tetap mendukung tim yang akan memenangkan piala tersebut nanti.
Malah dia menyifatkan permainan bola sepak mempunyai nilai romantika tersendiri dan sangat menghargai siapa atau pasukan yang menang.
“Misalnya jika bukan Perancis tetapi Argentina yang menjadi juara, saya tidak akan munafik.
“Saya akan tetap berbahagia untuk mereka. Tapi saya melihat sepak bola sebagai suatu romantika dan saya akan menghargai siapa pun yang juara," kata Ronaldo.
Final Piala Dunia Qatar 2022 dijadual berlangsung pada 18 Disember ini.
Maliah Surip
Tue Dec 13 2022
Suami Sandra Dewi Kena Tangkap Kes Rasuah, Netizen Ungkit Kahwin Di Disneyland & Beri Anak Jet Peribadi
Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.
“Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil
Farid percaya kurus secara semulajadi.
Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'
Uniknya Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo! Ada Sampul Duit Raya & Filter AR Kad Raya
Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo
Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua Bersatu"
Selebriti versatil, Alif Satar bersyukur kempen solat berjemaah, #GengSubuhMacamJumaat diterima baik dan mendapat sambutan yang hebat dari pelbagai usia.
Kalini Sherry betul betul nervous! | Di Sebalik Tabir | You Know Nothing About Cooking | EP15
Siapa kata bila nampak tenang tapi semuanya ok? Dalam hati belum tentu lagi. Habis nervous Sherry bila nak kena masak sorang-sorang!
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan
Nama gimnas lelaki negara, Muhammad Sharul Aimy Hisam tiba-tiba menjadi bualan selepas tangkap layar yang memaparkan dirinya bergambar bersama atlet Filipina, Daniela Dela Pisa viral di media sosial.
"Tak Beradablah Pakai Baju Melayu Tunjuk 'Asam Keping'" - Hun Haqeem
Pelakon Hun Haqeem menganggap tindakan pereka fesyen tempatan yang memodenkan rekaan baju Melayu dengan perincian pelik sebagai perbuatan tidak beradab.
Mimi Lana Tak Sangka Mampu Bawa Watak Komedi Dalam ‘First Wives’ - “Bila Berlakon Tu Macam Semua Orang…”
Mimi pegang watak sebagai Diyana.
Jumpa Kain Pengelap Dalam Murtabak, KKM Kompaun Peniaga!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun terhadap pemilik gerai martabak yang didapati cuai sehingga cebisan kain pengelap ditemui dalam makanan itu.