Skip to main content

Berita Tempatan

"Lihatlah Anak Dengan Hati, Bukan Dengan Mata" - Jasmin Hamid Bersyukur Berjaya Besarkan Anak Angkat

jhbefunky-collage.jpg
Pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa syukur dan gembira kerana berjaya membesarkan dua orang anak angkatnya iatu Rohana dan Luqman Haqim disamping seorang anak kandungnya, Ian Haziq Macquistan.

Menurut Jasmin, walaupun dia tidak melahirkan dua orang anak angkatnya itu, namun kasih sayang terhadap mereka tidak pernah terbelah bahagi.

Perkara itu diluahkan menerusi sebuah entri yang turut disertakan gambar throwback 24 tahun lalu bersama Rohana dan Luqman di akaun Instagramnya.

"Nah, saya bagi challenge 24 tahun lalu, syukur alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan usia saya untuk menjalankan amanah Allah ini.

"Saya sanggup telan apa saja kata buruk tentang diri saya, tapi bukan kepada anak-anak saya.

"Lihatlah anak dengan hati, bukan dengan mata, anak-anak adalah harta saya dunia akhirat, walaupun saya tidak melahirkan mereka, tapi saya sudah besarkan mereka dari tapak kaki sebesar dua jari lagi, kasih sayang saya kepada mereka tidak pernah terbelah bahagi," tulisnya di ruangan kapsyen.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nah... Saya bagi #challenge 24 Tahun yang lalu.. Syukur alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan usia saya untuk saya menjalankan AMANAH ALLAH ini.. Saya sanggup telan apa saja KATA BURUK pasal saya tapi BUKAN kepada anak-anak saya.. LIHATLAH ANAK-ANAK DENGAN HATI, BUKAN DENGAN MATA.. Anak-anak adalah harta saya dunia akhirat .. Walaupun saya tak melahirkan mereka tapi saya dah jaga mereka dari tapak kaki sebesar 2 jari lagi.. Kasih sayang saya pada mereka, tak pernah berbelah bagi. Semua sama rata. Bukan senang nak membesar dan mendidik anak-anak.. Kena banyak berkorban dan bersabar.. Jiwa kena kental.. Soalan demi soalan yang akan di tanya oleh orang keliling.. Siapa yang dah jadi Ibubapa je yang akan lebih faham, macamana nak mendidik anak-anak supaya berjaya dunia dan akhirat.. @autumm_yopopp @lukhmanman . . Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #happfamily #motherdaughter #son #amanahallah #terimakasihallah #hebatbukan

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on


Ian Haziq (anak kandungnya) kini sedang berjinak dalam dunia lakonan dan terkenal dengan paras rupa dan susuk tubuh yang menarik.

Jasmin mulai aktif di industri hiburan tempatan sejak tahun 1990 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement