Ketika bercuti, pastinya anda mahu tampil bergaya untuk keselesaan dan juga memuat naik foto di laman sosial.

Apa yang harus dipakai untuk gaya percutian menawan tapi tidak perlu terlalu terbeban membawa muatan berlebihan?

1. Kasut yang selesa



Tidak kira destinasi mana pun tujuan anda, kasut yang selesa sepatutnya menjadi keutamaan.

Sama ada anda memilih boot, kasut sukan, kasut leper mahu pun selipar, pastikan perjalanan kembara anda tidak terganggu dengan masalah kaki melecet.

2. Kemeja-T tidak berkedut



Selesa, kemas dan sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Dengan sehelai kemeja-t, anda tidak perlu bersusah-payah seterika baju untuk tampil bergaya.


3. Kaca mata hitam



Salah satu item wajib bawa, kaca mata hitam berguna tatkala hari panas dan untuk tujuan bergaya.

Kaca mata hitam juga boleh mengubah penampilan anda kelihatan moden dan urban dalam sekelip mata.

4. Gaun/skirt labuh



Jika anda memilih destinasi santai, gaun atau skirt labuh sesuai dipadankan untuk hasil gambar yang cantik.

Pilih daripada fabrik yang ringan dan selesa untuk bebas melangkah.


5. Kardigan/jaket



Sehelai cardigan atau jaket boleh merubah gaya anda dengan mudah.

Jika anda ke negara sejuk, helaian ini berguna untuk anda menghangatkan tubuh dan juga untuk anda menutup bahu jika ke destinasi yang memerlukan anda berpakaian sopan.



Layari www.etravelfair.com.my untuk mengetahui lebih lanjut pelan pelancongan yang ditawarkan. Senarai rasmi pakej dan harga akan dilancarkan secara rasmi pada 2 September.