Laman Utama

Lima Kluster Dikesan & PKPB Dilanjutkan Di Beberapa Kawasan

gempak
Mya Amri
28/12/2020
11:54 MYT
Sponsor Banner
Lima Kluster Dikesan & PKPB Dilanjutkan Di Beberapa Kawasan
Sebanyak 1,594 kes COVID-19 baharu dikenal pasti hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiga daripadanya adalah kes import.
Jumlah itu sekaligus menjadikan kes positif kumulatif sebanyak 106,690.
Dukacita dimaklumkan terdapat tiga lagi kematian direkodkan akibat COVID-19 hari ini.
Kes kematian membabitkan dua lelaki berusia 90 tahun dan 62 tahun serta seorang wanita berusia 62 tahun.
Bagaimanapun dilaporkan terdapat lima kluster baharu membabitkan Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Kelantan.
Pecahan kes baharu (1,594) Selangor 362 kluster sedia ada 231 saringan kontak rapat 104 lain-lain saringan KL 102...
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, 28 December 2020
Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri mengumumkan PKPB di beberapa kawasan dilanjutkan.
Berikut merupakan kawasan yang terlibat:
PKPB dilanjutkan di Mukim 12 Barat Daya dan Mukim Timur Laut Pulau Pinang sehingga 14 Januari 2021
PKPB dilanjutkan di Seluruh Selangor sehingga 14 Januari 2021
PKPB dilanjutkan di Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 14 Januari 2021
PKPB dilanjutkan di Seremban sehingga 14 Januari 2021
PKPB ditamatkan di Port Dickson pada 28 Disember 2020
PKPB dilanjutkan di Johor Bahru dan Batu Pahat sehingga 14 Januari 2021
PKPB ditamatkan di Kulai pada 28 Disember 2020
PKPB dilanjutkan di Seluruh Sabah sehingga 14 Januari 2021
Sumber: Astro Awani / Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Foto: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live