Hari ini, peminat filem Melayu pastinya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan filem terbaharu terbitan Infinitus Gold Sdn. Bhd. iaitu Bunga Dan Kayu.
Kenapa filem komedi romantik ini wajib ditonton oleh semua terutama sepanjang Syawal ini? Jom semak:
Santai
Cocok dengan genrenya sebagai filem komedi romantik, rumah produksi Infinitus Gold menyifatkan Bunga Dan Kayu sebagai sebuah naskhah santai yang mudah diterima penonton.
“Kami dah buat komedi romantik sejak dulu lagi, seperti filem Laila Isabella… dan komedi romantik merupakan antara genre kegemaran saya. Jadi bagi saya ia masa yang sesuai untuk kami untuk keluarkan sesuatu seperti ini,” ujar Penerbit Eksekutif Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai
MK K-Clique
Sungguhpun MK K-Clique baru berjinak-jinak dengan dunia lakonan, namu, MK dilihat mampu bersinar sebaris dengan pelakon lain. Menurut Gayatri, MK mempunyai wajah filem dan pemilihan penyanyi itu dilihat kena dengan pemilihan pelakon lain.
“Kami lihat MK ada wajah filem… sejak dia terlibat dalam klip video Peluang Kedua bersama Nabila Razali,” ujar Gayatri lagi.
Latar tempat
Kalau anda nak tahu, hampir semua lokasi penggambaran filem Bunga Dan Kayu dijalankan di Colmar Tropicale, Berjaya Times Square, Bukit Tinggi, Pahang. Melihat pada suasana yang berbeza, pasti ia memberikan kelainan terhadap filem Bunga Dan Kayu Secara keseluruhan… macam di luar negara!
Barisan pelakon
Menerusi filem ini, penonton boleh menyaksikan pelakon-pelakon berbakat besar. Selain MK K-Clique dan Azira Shafinaz, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin serta salah finalis Big Stage 2022, Yazmin Aziz.
Plot yang mudah difahami
Bunga Dan Kayu mengisahkan tentang Noah (lakonan MK) seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga (Azira) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah.
Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1,001 bencana, bukan hanya pada Bunga tetapi Noah juga.
Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula hari ini, 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
Izwan Isa
Tue May 03 2022


“Siapa Yang Tahu, Tahu..” - Video Mengaji Tular, MK Tak Mahu Kongsi Kisah Peribadi
Tak mahu menunjuk.

Baring Dalam Kubur, Badan Aishah Ilias Tumbuh Gelembung Gatal... Pengarah Dedah Kerap Berdepan Gangguan Mistik Ketika Penggambaran Filem Musyrik!
Pengarah berbakat besar, Arjin Uppal berdepan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem bergenre seram, Musyrik - Api Neraka Menantimu!

Penyanyi I Believe I Can Fly Dipenjara 10 Tahun Kerana Jenayah Seksual
Penyanyi R Kelly akhirnya dijatuhi hukuman penjara sekurangnya sedekad atau 10 tahun selepas didapati bersalah melakukan jenayah seks.

The House Kamal Uqasha | “This Trip Is Just A Beginning ”| Episod 10
Keluarga Uqasha dan Kamal sediakan satu kejutan untuk mereka. Kamal dan Uqasha nikmati makan malam romantis sambil terkenang apa yang mereka lakukan dalam roadtrip ini. Tonton episod penuh di Astro Ria atau korang boleh strim di Astro Go dan VOD sekarang! Saksikan ‘The House’ selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) setiap hari Rabu, jam 9.30 malam. Layari gempak.com/thehouse untuk video menarik! #AstroGempak #TheHouseKamalUqasha

Sindir Pub Holywings, Kedai Beri Bakso Percuma Pada Muhammad & Maryam
Pub Holywings di Indonesia baru baru ini mencetuskan kontroversi apabila melakukan promosi dengan menawarkan alkohol percuma kepada pemilik nama Muhammad dan Maria.

“Tiada Istilah Double Standard”- Persembahan Buat Golongan B40, Siti Nurhaliza Janjikan Yang Istimewa
Siapa golongan B40 yang bertuah tu?

“Harap Penonton Tak Perasan Lah”- Gap Setahun Penggambaran, Michael Ang Dedah Cabaran Mengarah The Maid 2
Apa bezanya ya?

“10 Jam Bukan Sekejap, Hampir 3 Jam Dok Push… ” - Air Mata Fizo Omar Gugur Lihat Isteri Tahan Sakit Bersalin
Suami jangan segan tau teman isteri bersalin, support sistem gitu.

“Mendendangkan Kerinduan Pada Isteri…”- Sweetnyer! Lama Outstation, Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
Sweetnyer Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
.jpg?ext=.jpg)
“Selepas 2 Tahun, Akhirnya Tewas Dengan …”- Faradhiya Anggap Covid-19 Ujian Dari Allah
Semoga kembali sihat Faradhiya