Viral

Lima Sebab Malaysia Jadi Tajuk Berita Dunia

gempak
Mya Amri
18/01/2019
07:17 MYT
Sponsor Banner
Lima Sebab Malaysia Jadi Tajuk Berita Dunia
Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian sama ada kaum, makanan, destinasi pelancongan, keunikan budaya mahu pun adat resam.
Di sebalik keunikan itu, Malaysia tidak terlepas dari menjadi tajuk berita dunia sejak kebelakangan ini atas beberapa tragedi dan peristiwa.
1.Tragedi MH370 dan MH17 Foto: Remembering MH370 (Google), Kerangka Pesawat MH17 (Bernama)
Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac 2014 sehingga kini menjadi antara berita paling besar dalam sejarah penerbangan negara.
Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan kru hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Belum pun peristiwa tragis itu mendapat jawapan, negara sekali lagi dikejutkan dengan berita tergempar pada 17 Julai 2014.
Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia, terhempas di timur Ukraine.
Laporan Siasatan MH17 mendedahkan MH17 ditembak jatuh oleh puak pemberontak di Kiev, Ukraine di ruang udara negara yang bergolak itu.
2.Isu Rendang Ayam Krispy Foto: Google/ Twitter
Peserta Masterchef UK, Zaleha Kadir Olpin mendapat perhatian netizen selepas disingkirkan dalam pusingan separuh akhir rancangan realiti itu hanya kerana ayam rendang yang disediakannya tidak rangup.
Malah komen yang diberikan juri pertandingan, John Torode dan Gregg Wallace mengundang kemarahan netizen.
Torode menyifatkan, meletakkan ayam rendang di sisi nasi lemak adalah satu kesilapan besar, manakala ulasan Wallace lebih lebih menjengkelkan kerana berpendapat “kulit ayam tidak rangup” selain berkata kuah berlebihan pada rendang menjadikannya sukar untuk dimakan.
Chef terkenal Datuk Chef Wan antara yang lantang memberikan komen sarkastik terhadap isu rendang ayam Zaleha di laman sosialnya.
Isu yang berlaku pada April 2018 itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberikan reaksi di Twitter berkata: "Mungkin anda keliru ayam rendang dengan KFC."
3.Lokasi Filem Crazy Rich Asians, Henry Golding Hero Pujaan Baru Hollywood Foto: Google
Filem adaptasi novel dari pengarah berketurunan Asia-Amerika, John M Chu, Crazy Rich Asians telah melakarkan sejarah tersendiri.
Mengetengahkan seratus peratus pelakon Asia, filem itu dikatakan berani memecah dominasi watak-watak tipikal golongan kulit putih Hollywood.
Tidak hairanlah filem itu menempa rekod sebagai filem komedi romantik paling laris dalam sejarah sejak sedekad lalu.
Menariknya, hampir separuh lokasi filem itu dilakukan di seluruh Malaysia, termasuk Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur, Rumah Agam Cheong Fatt Sze, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.
Lebih istimewa, hero filem ini adalah anak muda kelahiran Malaysia, Henry Golding yang kini dilabelkan sebagai hero terbaru Hollywood.
Selain Henry, tiga pelakon utama lain adalah Tan Sri Michelle Yeoh dan Carmen Soo.
4.Pelantikan Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri Kali Kedua Dan Yang Tertua Di Dunia Foto: Astro Awani
Berita mengenai pelantikan rasmi Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 sememangnya menjadi bualan selain mendapat ucapan tahniah dari pemimpin seluruh dunia.
Menariknya ini merupakan kali kedua Tun dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.
Malaysia telah mencipta sejarah kerana peristiwa ini tidak pernah berlaku di mana-mana tampuk pemerintahan negara-negara lain, apatah lagi apabila kerajaan terdahulu dari parti Barisan Nasional yang memerintah selama 60 tahun telah ditewaskan oleh Pakatan Harapan.
Lebih istimewa lagi apabila Guinness Book of World Record telah mengiktiraf Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Tertua Dunia pada usia 92 tahun.
5.Kontroversi Isu 1MDB Foto: Google
Kontroversi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapat perhatian masyarakat antarabangsa dan dirujuk sebagai skandal kewangan terbesar dunia yang membabitkan bekas pemimpin Malaysia dan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low.
Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho didakwa menggelapkan berbilion dolar daripada dana 1MDB, dana yang ditubuhkan sebagai suatu langkah inisiatif strategik pembangunan ekonomi negara Malaysia untuk jangka masa panjang.
1MDB telah dipalit dengan pelbagai kontroversi yang memberikan imej negatif kepada kerajaan Malaysia dan melibatkan siasatan pelbagai badan kewangan dunia, termasuk Department of Justice (DOJ) di Amerika Syarikat.
Seluruh dunia memberi fokus kepada skandal penyelewengan terbesar ini dan laporannya diterbitkan bukan saja di dada-dada akhbar, malah dalam jurnal kewangan dan dalam bentuk filem.
Sebuah dokumentari bertajuk The Kleptocrats diterbitkan dengan menyusuri siasatan sekumpulan wartawan dari The Wall Street Journal, The New York Times dan The Hollywood Reporter, yang menceritakan kisah di sebalik tercetusnya kontroversi 1MDB serta pengaliran pengubahan wang haram tersebut.
Juga dipaparkan temu bual bersama beberapa ahli politik Malaysia dan individu-individu terkemuka yang mendedahkan kelicikan dan gaya hidup mewah golongan terbabit.
The Kleptocrats kini ditayangkan di saluran Astro First melalui saluran 480, On Demand & Astro Go.
Jika anda bukan pelanggan Astro, sila layari njoinow.astro.com.my.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.watchod.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024