Advertorial
Lima Tahun Kejayaan Cemerlang, 15,000 Peminat Membanjiri KONSERTKOO #withCUCKOO!
Sambutan ulang tahun ke-5 jenama terulung peralatan rumah Korea Selatan, CUCKOO disambut penuh meriah dengan sebuah konsert percuma yang gilang-gemilang.Bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, konsert yang dibanjiri hampir 15,000 peminat ini dibarisi penyanyi terkenal tanahair.
Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, KC Hoe, penganjuran konsert kali ini bagi meraikan ulang tahun yang kelima sejak jenama ini mula diperkenalkan pada tahun 2014.
“Selain mahu menekankan gaya hidup sihat, pada malam ini juga kami ingin mengumumkan pemilihan duta CUCKOO bagi tahun 2020 iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Ini merupakan kali pertama CUCKOO memilih duta bagi tahun 2020 dan pemilihan Siti Nurhaliza sebagai duta bertepatan dengan matlamat CUCKOO, Beyond Standards,” ujarnya kepada Gempak.
Konsert yang bertemakan ‘neon party’ ini bermula tepat jam 8.30 malam dengan barisan penyampai radio Era, Sinar, Zayan dan Gegar.
Adira menjadi bintang pembuka dengan dua lagu popular dan kemeriahan makin memuncak menerusi persembahan kumpulan Floor 88 menerusi lagu ‘berhantu’ mereka.
Hadirin semakin teruja apabila Ziana Zain, Khai Bahar, Zizi Kirana, kumpulan Exists dan Hael Husaini masing-masing mengambil tempat dengan persembahan penuh bertenaga.
Kehadiran tiga CUCKOO Friend, Nabil Ahmad, Hetty Sarlene dan angkasawan negara, Datuk Sheikh Muszaphar untuk mendapat tepukan gemuruh penonton.
Meskipun hujan renyai mula menitis, penonton tidak berganjak dan terus terpukau dengan persembahan empat bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) iaitu Wann, Sham Visa, One Nation Emcess dan Naqiu Boboy.
Ternyata mencetuskan fenomena, penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai persembahan penutup berjaya mencatatkan sejarah tersendiri bagi CUCKOO.
Konsert kemudian diteruskan dengan acara memotong kek ulang tahun oleh pihak pengurusan tertinggi CUCKOO sekaligus diserikan dengan pertunjukan bunga api sebagai penutup konsert.
Selamat ulang tahun kelima buat CUCKOO, semoga tahun 2020 terus melakar kejayaan yang membanggakan di dalam negara serta antarabangsa!
Untuk keterangan lanjut mengenai CUCKOO, anda boleh layari cuckoo.com.my atau menerusi laman Facebook CUCKOOInternational.
Foto: Instagram ERA
Must-Watch Video