Seperti diketahui ramai, filem Proksi telah menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First, saluran 480.

Filem yang mantap dengan aksi ini semestinya membariskan barisan pelakon hebat tanah air antaranya Bront Palarae, Allahyarham Ashraf Sinclair, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein dan ramai lagi.

Hasil tinjauan Gempak di perkongsian Instagram Bront, rata-rata pencinta filem tanah air sangat teruja dan tidak sabar menyaksikan Proksi sejak sebelum ditayangkan lagi.

Malah, ada netizen yang kagum teaser yang dikongsi Bront, kerana ia menampilkan tiga nama besar iaitu Rosyam, Faizal dan Bront sendiri dalam satu babak.

"Pergh 3 legend dalam satu scene!

"One word, quality.

"Dia punya cast tak beringat! Padu betul!

"Mantap otai-otai ni.

"Line up kaw kaw!" tulis beberapa netizen.

Proksi mengisahkan tentang penggodam elit Sam (Bront Palarae) bersama rakannya, Aman (Allahyarham Ashraf Sinclair) yang telah melarikan diri ke Bangkok. Tanpa pengetahuan Sam, Aman menggodam ‘platform keselamatan data’ yang dikenali sebagai MYSOIL dan bekerjasama dengan Elle (Sangeeta Krishnasamy) untuk menjual data tersebut kepada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai CARRIE di Bangkok.

Dalam masa yang sama, Aman mencuri wang CARRIE. Seorang tentera upahan bernama Aqil (Remy Ishak) cuba mengesan dan mendapatkan kembali wang tersebut. Sam pula telah ditangkap dan disoal siasat oleh dua penyiasat, Roy (Faizal Hussein) dan Remy (Datuk Rosyam Nor). Sam berusaha mencari dalang sebenar di sebalik manipulasi data dan penyebaran berita palsu yang mampu membahayakan negara.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Proksi. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.