Hiburan
"Lipas & Cicak Berlindung Di Pintu Kereta Saya" - Artis Randuk Banjir, Selamatkan Diri & Makanan Anak Dari Ditenggelami Air
Pelakon dan penyanyi Taiwan, Vivian Hsu berkongsi pengalaman terperangkap dalam banjir kilat yang berlaku di Bukit Timah, Singapura beberapa hari lalu.
Dalam hantaran di Instagramnya, Vivian, 49, dalam perjalanan untuk membelikan makanan untuk anak lelakinya, Dalton, 9, selepas bertemu beberapa kenalannya di sebuah kafe.
"Saya keluar seperti biasa, hujan turun pun seperti biasa. Saya merancang untuk membelikan makanan untuk anak lelaki saya di Din Tai Fung (kedai francais Taiwan) selepas keluar bertemu kenalan saya di sebuah kafe.
"Tiba-tiba hujan mencurah dengan lebat dan air banjir naik mendadak hampir memasuki pintu kereta saya.
"Saya nampak lipas dan cicak mencari perlindungan di pintu kereta saya," tulisnya menerusi hantaran di media sosial.
Vivian menuju ke keretanya biarpun dalam keadaan basah-kuyup.
"Saya terperangkap di tengah-tengah jalan selepas memandu kereta keluar," tambahnya yang pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan kelahiran Singapura, Sean Lee.
BERITA TRENDING: Remaja Perempuan Dir*gol Di Stor PPS - "Kejadian Itu Diketahui Abang Mangsa"
BERITA TRENDING: "Rupanya Terkena Jangkitan Virus E.Coli" - Khairul Aming Dedah Punca Cirit-Birit 5 Hari Selepas Misi Bantuan Banjir
BERITA TRENDING: Kacak Wakilkan DSV Beri Bantuan RM200,000 Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan
Tong sampah mulai terapung dalam lautan banjir dan kebanyakan kenderaan di tengah jalan hampir ditenggelami air."Ini kali pertama saya kesejukan di dalam kereta. Saya mahu ke tandas namun saya tak tahu berapa lama saya akan terperangkap di dalam kereta.
"Akhirnya saya keluar daripada kereta, meredah air banjir dan menuju ke arah sebuah pusat beli-belah selepas sejam.
"Dan saya juga berjaya mendapatkan makanan kegemaran anak lelaki saya dari Dai Tai Fung," tambahnya.
Vivian turut berkongsi keadaan banjir dan sepotong videonya meredah banjir sambil memakai sepasang sneaker putih.
Menurut agensi air negara, PUB, sejumlah kawasan di Singapura mengalami hujan lebat pada Ahad petang.
Banjir kilat berlaku di sepanjang Dunearn Road dan Bukit Timah Road berdekatan King Albert Park pada kira-kira pukul 5.00 petang disebabkan paras air yang tinggi di longkang berdekatan dan Terusan Bukit Timah. Banjir surut dalam tempoh 20 minit.
BERITA TRENDING: Dapat Firasat Mimpi, Influencer Kecewa Dicurangi Youtuber Taiwan - “Berat Badan Saya Turun 3KG”
Must-Watch Video