Menerusi laman sosial Instagram, Syatilla atau lebih mesra disapa sebagai Tilla memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.

“Mintak maaf tanya, lipas ni memang babi ke? Kenapa masa aku live ko nak kena kacau hidup aku!

“Sampai nak masuk dalam mulut aku, ko ingat kita kawan kawan ke? Hang ingat hang rama-rama ka orang boleh tangkap bela?” tulis Tilla di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 33 saat itu, Tilla, suami aktor Shaheizy Sam dan anak mereka Syeriv sedang berada di dapur.

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)


Ketika sedang mengulas, seekor lipas terbang betul-betul di hadapan muka Tilla sehingga membuatkan pelakon Sha & Shah itu menjerit lalu lari bertempiaran.

Sementara itu di ruangan komen, aksi menjerit Tilla telah membuatkan ramai rakan selebriti dan pengikutnya terhibur.

Hahahah benda tu kalau terbang dia tak jadi lipas dah,” komen seorang wargamaya.

Hahaha lawaklahh! Yang Syeriv tu awat duduk dalam sinki ka?” tanya seorang wargamaya.

Kak Tilla baca caption lawak dah. Tengok video banyak kali sampai tak larat nak gelak. Terima kasih hiburkan,” usik seorang wargamaya.

Aduh automatik masuk gear topspeed mencicit lari nampak lipas terbang hahahaha,” tulis seorang wargamaya.

Hahahah 10x tengok aku gelak. Lipas punya pasal, habis semua dia tinggalkan,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 600,000 tontonan daripada pengikutnya.