Siri fenomena Friends yang akan menyapa kembali para peminatnya dengan Friends : The Reunion ternyata bukan sebuah naskhah yang biasa biasa.
Seperti mana peminat mereka begitu teruja untuk menantikan tayangannya pada 27 Mei ini, begitu juga enam karakter utamanya yang sangat tidak sabar untuk melihat reaksi penonton terhadap garapan terbaharu ini.
Salah seorang pemainnya, Lisa Kudrow baru baru ini memecahkan salah satu rahsia besar mengenai pembikinan Friends : The Reunion.
Pemain karakter Phoebe Buffay ini dalam satu temubual seperti dipetik dari The Independent mengatakan Friends : The Reunion dihasilkan tanpa skrip.
"Ia sepenuhnya tidak mempunyai skrip. Ia hanya tentang kami bertemu semula setelah sekian lama dan semuanya tercipta dari situ," kata Kudrow kepada The New York Post.
Biar tidak mempunyai skrip, Kudrow mengaku sitkom tersebut dihasilkan dengan baik dan lancar.
"Hasilnya sangat mengagumkan. Ia ada klips dan tentang kami semua," tambahnya lagi.
Friends : The Reunion dihasilkan selepas 17 tahun sitkomnya melabuhkan tirai. Ia sebelumnya menjadi sitkom paling ikonik di tahun 90an dengan musim pertama yang dimulakan pada 1994 sehingga 2004.
Kelak, dalam Friends : The Reunion, selain menampilkan semua pelakon asal termasuk Jennifer Aniston bersama pembawa karakter Ross, Joey, Chandler, Monica dan Phoebe, ia juga menampilkan set ikonik sebelum ini seperti kedai kopi di Central Park dan apartment purple milik Rachel.
Sebelumnya, pihak produksi mengumumkan Friends : The Reunion akan menampilkan sejumlah bintang tamu yang cukup terkenal termasuk ikon Korea Selatan, BTS, Lady Gaga, Justin Bieber dan David Beckham.
Buat peminat setia Friends, jangan terlepas menyaksikan Friends: The Reunion menerusi On Demand melalui Ultra Box, Astro GO dan HBO GO pada 27 Mei 3.01 petang dan ulangan di HBO Astro saluran 411, jam 9 malam.
Anda boleh lihat trailer dan maklumat lanjut di sini, https://content.astro.com.my/details/Friends-The-Reunion-Trailer-PACK0000000000312749
Maliah Surip
Mon May 24 2021
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.
Banjir Dubai: Anang, Ashanty Terkandas, Doa Dapat Segera Pulang
Ribut petir yang melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa membuatkan sebahagian besar bandaraya tersebut lumpuh.
Hantaran Aliff Aziz 'Since You Been Gone' dan Bella Astillah POV Cari Pengganti Curi Perhatian Ramai!
Selepas lama menyepi di media sosial sejak kontroversinya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memuat naik hantaran di Instagram Story (IG Story).
Kenali Dr Wan Wardatul Amani, Saintis Malaysia Pertama Terlibat Dalam Misi NASA ke Marikh!
Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali beliau, namun pada April 2014 seorang saintis, Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim berjaya mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebang
Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!
Kumpulan pop terkenal dunia, Westlife akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun nanti.
Bil TNB Wanita Ini Lebih Mahal Daripada Ansuran Rumah Gara-Gara Pasang Aircond 24 Jam!
Wanita ini terpaksa menanggung bil elektrik sehingga RM2,000 selepas menggunakan pendingin hawa hampir 24 jam sehari.
Dituduh Bongkak Sebab Pertikai Bayaran RM500 Sehari, Ini Respons Azlee Senario
Azlee Senario enggan mengambil pusing mengenai kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepada dirinya.