Alhamdulillah, kita masih berpeluang menyambut kedatangan Ramadan tahun ini dan menghampiri pertengahannya.

Memandangkan ini masa yang sesuai kita menambahkan ibadah dan mengingati Allah yang maha esa, ruangan #ListenToAided kali ini menyenaraikan lima lagu berkaitan Ramadan dan keagamaan untuk dihayati liriknya bersama.

Ramadan Tiba - Opick



Sesuai tajuknya, lagu nyanyian Opick ini sangat terkenal dan sinonim dengan semangat menyambut Ramadan setiap tahun!

Lagu ini sering menjadi pilihan pelbagai stesen radio untuk memaikannya, jadi tidak hairanlah ia 'melekat' dalam ingatan setiap kali tibanya bulan suci penuh keberkatan ini.

Ramadan - Maher Zain



Tidak kurang juga lagu nyanyian Maher Zain yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu ini, lagu ini mengandungi lirik yang penuh makna.

Nyanyian Maher Zain juga penuh penghayatan, melengkapkan lagi melodi penuh syahdu yang mampu menyentuh emosi.

Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai



Ku mengharapkan Ramadan, kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna...


Satu lagi lagu yang penuh kesayuan dan turut terkenal dalam kalangan kita semua.

Rangkap di atas sedikit sebanyak menggambarkan hasrat hati kita umat Islam ketika menjelang Ramadan untuk melaluinya dengan baik dan memperbaiki diri.

Ramadhan & Syawal - Ramli Sarip



Papa Rock Datuk Ramli Sarip menyanyikan lagu ini dengan cemerlang!

Lagu ini mengingatkan kita tentang keistimewaan bulan Ramadan di mana turunnya kitab suci Al-Quran, bulan pengampunan dan macam-macam lagi.

Demi Masa - Raihan


Meskipun lagu ini tidak menyebut tentang Ramadan, namun ia sesuai didengar pada bila-bila masa.

Lagu ini mengingatkan kita untuk tidak lalai dan mensia-siakan waktu yang diberi Allah SWT agar tidak menyesal kemudian hari.

Maka, elok juga jika kita renungkan maksud lagu ini dan kaitkannya dengan kedatangan Ramadan agar bulan penuh keberkatan yang suci ini tidak disia-siakan begitu sahaja.

Semoga kita diberi peluang untuk sama-sama menunaikan ibadah hingga ke penamat Ramadan tahun ini.

Jumpa lagi dalam #ListenToAided minggu hadapan!