Laman Utama
Live Instagram Dengan Zarina Anjoulie, Zoey Rahman Diasak Soalan Netizen - "Anju Memang Ambil Dadah Ke?"
Selepas media melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di Nilai, Negeri Sembilan, nama Zarina Anjoulie, 34, menjadi panas dalam kalangan warganet.
Zarina atau mesra dipanggil Anju didakwa sebagai selebriti yang 'kantoi'.
Lantaran itu malam tadi, Zarina yang membuat sesi siaran langsung dengan pelakon Zoey Rahman, 36, di Instagram (IG) diajukan soalan mengenai laporan tersebut.
Sesi yang memakan masa antara 10 hingga 15 minit itu dihujani dengan komen penonton yang ingin mendapatkan kesahihan tentang berita itu.
Bagaimanapun, Zarina dan Zoey tidak menjawab soalan panas kerana sedang rancak berborak mengenai kecantikan wajah dan pemakaian pendakap gigi.
Selepas Zarina keluar daripada live tersebut, Zoey sempat membaca dan menjawab beberapa komen.
"Betul ke Anju ambil dadah?
"Zoey, Anju memang ambil dadah ke?" antara soalan yang ditanya.
Bagaimanapun, pemilik nama Mohd Hairey Azhar Abd Rahman menyatakan dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut.
"Mana lah saya tahu," jawab Zoey secara ringkas.
Terdahulu, seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis Metamfetamin di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata wanita berumur 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.
Must-Watch Video