Drama berisi berjudul Akira Khan yang kini sedang ditayangkan menerusi slot MegaDrama saluran Astro Ria terus mendapat perhatian penonton.

Sehingga episod 18 ditayangkan Khamis lalu, ramai penonton yang berpuas hati dan memuji drama arahan Jamal Khan itu.

Malah, ketika Gempak membuat tinjauan ke laman Twitter, rata-rata penonton sudah tidak sabar untuk menantikan apa lagi yang akan berlaku pada episod seterusnya.

“Teaser next week dah keluar weyh, tapi nak tunggu Isnin lambat lagi,” kongsi seorang warganet.

“Can’t wait nak tengok next episod Akira Khan,” ujar seorang netizen.

A post shared by Kamal Uqasha (@kamaluqashafc_)

Oleh itu, jom kami kongsikan kepada anda sedikit teaser apa yang bakal berlaku dalam episod seterusnya iaitu episod 19 hingga 22.

Episod seterusnya bakal menyaksikan Akira (Uqasha Senrose) berasa terkejut apabila mengetahui yang dia duduk berjiran dengan Raden (Kamal Adli). Malah hal itu membuatkan Akira berasa sedih.

Dalam pada itu, satu lagi kejutan berlaku apabila kekasih Zafar (Irfan Zaini) secara tiba-tiba munculkan diri.

Selain itu, Raden juga sudah tidak dapat menahan sabar sehingga menampar muka Liyana (Julia Farhana) disebabkan kata-katanya yang menyakitkan hati.

Malah, Raden turut mendedahkan kepada Liyana bahawa Akira sebenarnya isteri pertamanya. Dalam masa sama, Raden turut mengesyaki Liyana telah berlaku curang terhadapnya.

Susulan pendedahan tersebut, Liyana telah merancang untuk membuat sesuatu perkara yang tidak baik kepada Akira. Liyana juga mengugut Akira dengan menyatakan dirinya akan menyerahkan video Raden bersama Akira kepada ibu bapanya.

Untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, Akira nekad untuk berjumpa dengan ibu Raden dan bersemuka dengannya.

Akira Khan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Uqasha Senrose, Kamal Adli, Irfan Zaini, Julia Farhana, Idzham Ismail dah ramai lagi.

Saksikan Akira Khan pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.