Kim Yong Guk atau lebih dikenali dengan panggilan Longguo bakal mengeluarkan lebih banyak muzik solo selepas ini.

Menurut agensinya, Choon Entertainment, Longguo akan memulakan aktiviti sebagai artis solo selepas menghasilkan single terbaru iaitu Clover.

"Dia merancang semua itu supaya dia dapat menunjukkan kepada peminat bahawa dia lebih matang sekarang ini.

"Dia berusaha keras untuk menggambarkan warna muziknya sendiri dan telah melibatkan diri dalam menghasilkan album ini," kata agensinya.

Longguo juga telah merancang satu acara di mana dia ingin bertemu dengan peminatnya yang tidak pernah berhenti menyokong dia selama ini.

Album baru Longguo dijangka akan dikeluarkan pada akhir bulan Ogos ini.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Soompi