Laman Utama

Lukisan Seniman Negara & Artis Antarabangsa Syed Wafa Dipamer Di Finas, Siap Ada Coffee Book Lagi!

Amri Hassan
26/10/2022
10:25 MYT
Pelukis terkenal tanah Air, Syed Yusof Wafa berbesar hati apabila diberikan peluang untuk mengadakan pameran khas potret seniman negara serta pesohor antarabangsa yang dilukiskan sendiri.
Pameran lukisan berjudul 'Wajah dan Madah' itu bersempena dengan Ekspresi@Finas, sejajar dengan penerbitan buku kopi dengan judul yang sama tidak lama lagi.
"Ini merupakan buku pertama di Malaysia yang menghimpunkan lukisan wajah selebriti terkenal bersama catatan dan tanda tangan mereka sendiri," katanya.
Buku terbabit akan menghimpunkan karya-karya Syed Wafa sepanjang diberikan peluang melukis wajah-wajah selebriti tanah air dan antarabangsa.
Antara selebriti yang pernah mendapat sentuhan air tangan Syed Wafa ialah mendiang Michael Jackson, Justin Bieber, Mariah Carey, Celine Dion, Roger Ferderer, Maher Zain, Avril Lavigne, Datuk Shah Rukh Khan dan ramai lagi.
Syed Wafa merupakan pelukis pertama Malaysia yang diberi penghormatan melukis wajah selebriti terkenal luar negara untuk diserahkan kepada artis terbabit sendiri.
Kesemua lukisan potret tersebut merupakan sebuah cenderahati yang dihadiahkan kepada selebriti antarabangsa apabila pulang ke negara masing-masing.

Lukis seniman Hussein Abu Hassan

Pada acara sama sempena segmen 'Imbas Kembali & Layar Bintang', Syed Wafa juga diberi kepercayaan untuk melukis potret wajah seniman legenda tanah air iaitu Hussein Abu Hassan yang kemudiannya disampaikan oleh Pengerusi FINAS iaitu Senator Datuk Seri Zurainah Musa kepada keluarga arwah.
Walaupun hanya diberi masa dua hari untuk melukis potret tersebut tapi Syed Wafa dapat menunaikan permintaan Pengerusi FINAS dengan baik dan keluarga seniman legenda amat gembira dan terharu menerima lukisan tersebut.
Hadir sama pada acara terbabit ialah rakan selebriti Rozita Che Wan, Fikry Ibrahim, Datuk A.Aida, Zuhairi Ibrahim, Farahdhiya, Rozita Rohaizad, Sheila Mambo dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mural Penyu Bergasi 20 Meter Tarikan Baharu Pantai Tanjung Pelindung, Usaha Empat Pelukis Berkampung Lima Hari Berbaloi

gempak
24/07/2024
18:55 MYT
Empat pelukis mural 'penyu gergasi' yang seakan terdampar di Pantai Tanjung Pelindung, Kuantan, Pahang tidak menyangka kemunculan haiwan itu menjadi daya tarikan baharu di pantai berkenaan.
Hiburan

Pameran 7 Kumpulan K-pop Singgah Di KL! Ada BTS, Enhypen, Le Sserafim & Ramai Lagi

gempak
08/06/2024
14:43 MYT
Pameran yang dinanti-nantikan peminat K-pop, The Daydream Believers yang menampilkan potret dan perjalanan seni kumpulan ternama Korea Selatan termasuk BTS, Tomorrow X Together, Enhypen, Le Sserafim, Fromis_9 dan &Team bakal berlangsung di Malaysia tidak lama lagi.
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Hiburan

Urusan Permohonan Rumah PPR Berjalan Lancar, Zaiton Sameon: "Kemungkinan Dapat Menginap Di Situ Tidak Lama Lagi"

gempak
08/04/2024
02:55 MYT
Alhamdulillah...
Gaya Hidup

Koleksi Rip Curl x Kenji Chai Surfitti Gabungan Seni Grafiti & Adrenalin Surfing!

gempak
27/03/2024
11:45 MYT
Apa akan jadi kalau seni gratifi jalanan digabungkan dengan semangat surfing?