,
Laman Utama

Luna Maya Rela Putus Cinta Daripada Buat Majlis Kahwin Bagai Nak Rak, Tapi Akhirnya Bercerai

Izwan Isa
18/01/2022
12:50 MYT
Ramai mengetahui bahawa pelakon popular Indonesia, Luna Maya, 39, memiliki sejarah asrama yang kurang enak. Sehinggakan hal tersebut membuahkan pertanyaan adakah benar tiada ibu bapa yang mahu anak-anaknya menikah dengan dirinya.
Begitupun, Luna mengakui yang dia kini selesai melalui fasa tersebut. Aktres filem Suzanna Bernapas Dalam Kubur itu berkata, dia mahu berhati-hati dalam memilih pasangan dan tidak mahu bernikah jika dia tidak mengenali pasangannya dengan lebih dalam.
Sayangnya, keputusannya itu kadang-kala mengundang cemuhan segelintir orang lantaran dia masih belum bernikah pada usia penghujung 30-an.
"Ada hubungan saya yang kandas kerana masalah saya sendiri. Ada hubungan saya yang kandas kerana begini. Jadi, saya terus berfikir, jangan-jangan sebab saya.
"Di sini saya berfikir ya... Bukan salah dia, bukan salah saya, bukan salah siapa-siapa. Bukan salah orang tua," ungkap Luna Maya pada sebuah program bual bicara bersama Titi Kamal baru-baru ini.
Dalam pada itu, Luna Maya sempat mengenang kembali masa-masa berpacaran di masa lalu yang pada hujungnya mencambahkan rasa kepahitan.
"Saat itu pasti sedih. Tapi, apakah hal itu menjadikan kita tidak layak? Tidak juga. Baik lelaki, baik perempuan, kalian itu berharga.
"Kadang-kadang orang bercakap: 'Eh kamu dah tua, belum kahwin.' Takkan semuanya perlu selari dengan kebiasaan dan standard orang?” Luna Maya memulangkan semula soalan.
Luna Maya turut berkata, dia tidak mahu nasib perkahwinannya kelak berakhir dengan sebuah perceraian. Tambahnya, lebih baik hubungan kandas di tengah jalan.
Lebih gamblang, Luna Maya mengatakan tak ingin ketika sudah menggelar pesta pernikahan, ujung-ujungnya cerai. Ia berpendapat lebih baik hubungannya kandas saat masih pacaran.
“Kenapa saya selalu bercinta dalam tempoh yang lama? Sebab saya merupakan jenis individu yang ingin tahu dahulu pasangannya bagaimana. Dan kalau ternyata di tengah jalan tak jadi, lebih baik kan? Daripada sudah buat majlis segala,” katanya lagi.
Terdahulu Luna Maya menjalinkan hubungan cinta dengan Reino Barack selama lima tahun yang akhirnya memilih penyanyi Syahrini sebagai suri hati.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”

gempak
07/09/2024
13:55 MYT
Meski diketahui sedang hangat bercinta dengan aktor yang jauh lebih muda daripadanya, Maxime Bouttier, Luna mengaku tidak terburu-buru untuk berkahwin.
Hiburan

Meluat Luna Maya Atur Hidupnya, Maxime Bouttier ‘Ghosting’ Aktres Ini Sampai Menangis

gempak
15/06/2024
14:55 MYT
Hubungan asmara di antara bintang cantik Luna Maya dengan aktor kacak Maxime Bouttier bukan lagi rahsia.
Laman Utama

Luna Maya Buang Fotonya Di IG, Maxime Bouttier Jawab Spekulasi Putus Cinta

gempak
07/11/2023
13:55 MYT
Kenapa Luna Maya padam gambar Maxime di IG?
Laman Utama

Luna Maya Teruja Ketawa Disambut Suara Pontianak Sewaktu Penggambaran Filem Seram

gempak
24/06/2023
03:55 MYT
Takutnya...
Laman Utama

[FOTO] Akui Macam Pasangan Kembar, Luna Maya & Lucinta Luna Bimbang Tertukar Teman Lelaki

gempak
30/05/2023
15:50 MYT
Macam kembar ke?
Unitar