Laman Utama

“Luruh Jantung Mama… Cik B Kuat…” – Vida Menangis, Hampir Rebah Dapat Berita Cik B Positif COVID-19

gempak
Mya Amri
20/11/2021
07:10 MYT
Sponsor Banner
“Luruh Jantung Mama… Cik B Kuat…” – Vida Menangis, Hampir Rebah Dapat Berita Cik B Positif COVID-19
Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anaknya, Cik B yang disahkan postif COVID-19 semalam.
Lebih meluluhkan apabila melihat Vida mengalirkan air mata dan menangis teresak-esak sewaktu memberitahu berita tersebut kepada umum di akaun Instagramnya.
“Allahuakhbar @cikb_havoc66 positif COVID-19. Anak mama yang hebat kena kuat… Bila mama dapat tahu Cik B sah posituif COVID, luruh jantung mama.
“Mujur mama tak rebah, mama panik, mama cuba cool kan diri, mama pujuk diri. Cik B hebat, Cik B Kuat, Cik B boleh lawan,” coretnya.
Dalam pada itu, Vida juga memaklumkan negatif COVID-19 walaupun dia merupakan kontak rapat Cik B.
“Mama tidur dengan Cik B… Mama peluk, kita kongsi minum air. Alhamdulillah mama negatif sebab dah lengkap dos vaksin.
“Cik B pula bila nak jab dos kedua, demam. Mama ingat Cik B penat bercuti sakan. Semoga cepat sembuh. Anak mama yang hebat sangat tenang buat-buat gembira. Tak nak mama risau,” tulisnya.
BACA: “Saya Tak Boleh Bau, Tapi…” - Minta Doa Orang Ramai, Cik B Positif COVID-19
Terdahulu, Cik B memaklumkan dirinya dijangkiti COVID-19 menerusi sebuah video di akaun Instagramnya.
Bagaimanapun pemilik nama lengkap Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin itu memberitahu keadaannya tidak serius dan baik-baik sahaja setakat ini.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live