Laman Utama

M Daud Kilau Dapat Elaun Bulanan RM350 JKM – “Terima Kasih, Saya Bersyukur Dengan Bantuan Diterima…”

gempak
Fiza Kamarudin
08/10/2020
10:51 MYT
Sponsor Banner
M Daud Kilau Dapat Elaun Bulanan RM350 JKM – “Terima Kasih, Saya Bersyukur Dengan Bantuan Diterima…”
Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 82, menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula bulan hadapan.
M Daud berkata, bantuan itu dapat meringankan bebannya yang kini bergantung dengan ubat dan perlu membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Bagan Datuk dan Hospital Teluk Intan (HTI).
"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan bantuan yang diterima. Saya hanya mampu mengucapkan ribuan terima kasih.
"Tak sangka rezeki datang begini dan bantuan ini meringankan beban. Ia memudahkan urusan ke klinik dan hospital untuk pemeriksaan kesihatan.
"Bukan sahaja bantuan daripada kerajaan negeri dan pihak lain, malah saya juga menerima bantuan daripada rakan dan persatuan artis. Terima kasih untuk semua, jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya," katanya.
M Daud ditemui pada ziarah kebajikan Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin di rumahnya di Kampung Sungai Balai Baruh, Bagan Datuk, semalam.
Sementara itu, Wan Norashikin berkata, M Daud menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM350 di bawah skim Bantuan Orang Tua (BOT).
Katanya, mereka turut menyampaikan bantuan kewangan 'one-off' Tabung Bantuan Segera (TBS) bersama barangan keperluan.
"Kehadiran sahabat dan pemimpin yang datang memberi sokongan dan bertanya khabar memberi suntikan semangat dan keceriaan kepada beliau.
"Kami prihatin dengan keadaan M Daud dan berharap dengan bantuan ini dapat meringankan bebannya. JKM juga akan sentiasa memantau keadaan beliau," katanya.
Penyanyi lagu Cek Mek Molek itu kini semakin uzur apabila diuji dengan beberapa penyakit kronik sejak empat tahun lalu.
M Daud mempunyai penyakit kencing manis, jantung serta deria pendengaran beliau juga semakin kurang.
Penyanyi veteran legenda itu kebas kaki dan tangan serta sakit pinggang jika berdiri terlalu lama.
Sumber/Foto: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024