,
Laman Utama

Maaf Elon Musk Tak Berminat Beli Manchester United

Maliah Surip
18/08/2022
13:50 MYT
Khabar manusia paling kaya di dunia, Elon Musk mahu membeli salah satu pasukan bola sepak paling sensasi, Manchester United menjadi berita hangat sejak semalam.
Musk dikatakan telah mencuit di bebenang Twitternya dengan memberitahu lebih 103 juta pengikutnya dia akan membeli kelab pasukan bola sepak tersebut.
“Saya juga akan membeli Manchester United, terima kasih,” cuit Musk yang kemudian membuat seluruh warga maya dan peminat bola sepak heboh.
Malangnya selepas beberapa jam kenyataan tersebut dikeluarkan dan media massa mula melaporkan tentang keinginannya membeli kelab tersebut, Musk menafikan hasrat untuk menjadi pemilik kelab Manchester United atau MU itu.
Musk mendakwa apa yang dicuitnya hanya sebuah gurauan.
“Ini hanya sebuah jenaka yang tidak akan berkesudahan di Twitter. Saya tidak akan membeli sebarang kelab bola atau sukan,” jawabnya selepas ditanya seorang wargamaya.
Sementara itu pihak perwakilan MU saat dihubungi CNN mengatakan tidak akan memberi sebarang komen terhadap sebarang gosip atau spekulasi.
Menurut laporan Forbes, kelab MU tersebut bernilai RM20 bilion dan menjadi kelab bola sepak terbesar di dunia, namun tidak pernah memenangi English Premier League sejak tahun 2013.
Musk yang sudah 13 tahun menggunakan Twitter dilaporkan mencuit bebenang mengenai keinginan membeli MU selepas dia cuba membatalkan sebanyak RM197 bilion pemerolehan dari platform tersebut. Twitter kemudian mengheret Musk ke mahkamah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Badminton, Terjun Digugurkan Pada Sukan Komanwel 2026

gempak
22/10/2024
18:55 MYT
Badminton yang merupakan antara penyumbang pingat untuk negara di Sukan Komanwel telah digugurkan daripada temasya tersebut yang akan diadakan di Glasgow, Scotland pada 23 Julai sehingga 2 Ogos 2026.
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

gempak
22/10/2024
05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.
Viral

Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

gempak
22/10/2024
05:30 MYT
Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
BorakSeeni