Skip to main content

Trend Pasaran

"Maaf Pada Yang Hampa, Terima Kasih Pada Yang Sudi ..." - Zarina Anjoulie Nyahaktif Akaun Instagram

zarina-deactivate-header.jpg
Pelakon Zarina Anjoulie memutuskan untuk menyahaktifkan akaun media sosial Instagramnya untuk tempoh tertentu.

Menerusi tinjauan Gempak, akaun Instagram milik pelakon Anak Pontianak itu sudah gagal dikesan dan lenyap daripada platform media sosial itu.

Sebelum memadamkan akaunnya, Zarina sempat memuat naik permohonan maaf terhadap tindakannya yang telah mengecewakan sebilangan besar peminatnya.

"Salam sayang, hai semua nak cakap terima kasih untuk sokongan, nasihat dan maki-maki.

"Walau maki pun saya tahu jauh di lubuk hati anda betul-betul ikhlas tegur. Cuma cara masing-masing lain.

"Tapi saya tahu niat anda semua baik.

"Maaf pada sesiapa yang hampa dan terima kasih pada yang sudi memberikan peringatan. Sangat-sangat menghargainya," tulis Zarina atau lebih mesra disapa Anju.

Terdahulu, kecoh di laman sosial Instagram dan Twitter apabila pelakon dan usahawan wanita itu memuat naik foto serta video separuh bogel hujung minggu lalu.

BACA: "Aku Tewas, Maafkan Aku" - Zarina Anjoulie

Anju juga nekad untuk membuka hijab dan menayangkan rambutnya yang kini diwarnakan perang.

Ekoran itu, Anju dihujani pelbagai kecaman dan kritikan pedas netizen yang terkejut dengan perubahannya kembali ke imej lama secara tiba-tiba itu.

Must-Watch Video

Advertisement