Pelakon Ozlynn Wati mendedahkan selama ini dia tidak pernah menyunting foto yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya.

Menurut Ozlynn, dia berbuat begitu kerana tidak mahu orang di luar terkejut apabila melihat perbezaan wajahnya apabila berjumpa dengannya.

“Sejujurnya muka aku naik jerawat sebab shooting makeup bagai..

“dan maaf sepanjang post semua gambsr kat IG, aku tak penah edit filter bagai sebab kat mane nak adjust filter pon aku tak tahu kat mane??.. biar lah tak lawa kat IG supaya tak ada org terperanjat tengok aku real life biasa-biasa,” tulisnya.

Isteri kepada pelawak Johan itu membuat pengakuan tersebut di akaun IG miliknya.

Menerusi entri yang sama Ozlynn memuat naik fotonya bersama anak-anak untuk beriadah di KLCC.

Sementara itu, pengakuan tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan turut dikurniakan lima orang cahaya mata lain iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.

Pau kacang bersama pau kaya bersatu menjadi pau papa kauuuuuuuu!! ??? kejadian semlm bila mama kena hangkut semua anak2 g taman klcc manakala bapak korg pi merambu main bola.. fuhhhhhh x sangka mama berjaya handle yek walaupon nada suara yg cuba di kontrol ketika semua mata2 sedang memerhatikan terlepas seperti ayam tercekik jagung??.. dinner time papa dorg baru smp... ehhh xde berlecak la tiak aku... biasa2 jek... lencun2 hangit jek? p/s: sejujurnya muka aku naik jerawat sb shtg makeup bagai.. dan maaf sepanjang post semua gmbr kt ig.. aku x penah edit filter bagai sb kat mane nk ejas filter pon aku x tau kt mane?? ?.. bior le x lawo kt ig supaya xde org terperanjat tgk aku real life biasa2.. ??

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on