Viral

"Maaf Tu Boleh, Lupakan Tak Mungkin" - Adi Putra Ulas Isu Jakel Perlekeh Melayu

gempak
Amri Hassan
04/05/2020
01:15 MYT
Sponsor Banner
"Maaf Tu Boleh, Lupakan Tak Mungkin" - Adi Putra Ulas Isu Jakel Perlekeh Melayu
Pelakon Datuk Adi Putra tampil mengulas mengenai isu tular adik Pengarah Urusan gedung tekstil terbesar Malaysia, Jakel, Muzaffar, yang menyentuh sensitiviti orang Melayu baru-baru ini.
BACA: Perlekeh Orang Melayu, Adik Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Mohon Maaf - "Kenyataan Yang Dikeluarkan Adalah…"
Kata Adi, biarpun individu terbabit telah membuat permohonan maaf, perkara itu bukan satu kompromi untuk dilupakan.
"Bulan puasa ni takde benda lain ke nak buat hal @muzaffarjakel?
"Maaf tu boleh, Lupakan tak mungkin kot.
"Dua perkara yang perlu ingat, jangan bermain-main dengan agama dan jangan sentuh isu bangsa.
"Satu perkataan yang sesuai untuk kamu, BODOH," tulis pelakon filem KL Gangster itu di akaun Instagramnya pada Isnin.
Terdahulu, tular di laman sosial apabila Muzaffar difahamkan telah memuat naik entri seakan-akan memperlekeh orang Melayu apabila ramai yang mempertikaikan tindakan Jakel yang akan kembali beroperasi hari ini (Isnin).
"Kesian aku dengan orang Melayu. SOP tu bahasa Melayu pun tak pandai baca," tulis Muzaffar.
Namun, permohonan maaf terbuka telah dibuat oleh Muzaffar dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live