Laman Utama

“Maafkan Abang Sayang…” - Sebaknya! Airmata Maryam Tumpah Apabila Suami Sanggup…

gempak
Hanafis Haris
06/06/2021
13:05 MYT
Sponsor Banner
“Maafkan Abang Sayang…” - Sebaknya! Airmata Maryam Tumpah Apabila Suami Sanggup…

Instafamous, Ryzal Ibrahim tampil bersemuka dengan isterinya, Maryam You Narae untuk meminta maaf atas segala kesilapan dilakukannya.

Permohonan maaf itu dibuat Ryzal menerusi satu posting beserta video di Facebook mereka.

Menurut Ryzal, mereka mula berkenalan pada 2018 dan ketika itu dia berjanji akan menjadikan Maryam terkenal dan membawanya ke Malaysia.

“Pada Ogos 2019, kami mula dikenali Malaysia setelah berjaya membawa Maryam dalam Islam dan menikahinya.

“Pada 2020, Maryam semakin dikenali kerana telatahnya dan Ryzal mulakan Youtube sebagai platform untuk kami mendokumentasikan kehidupan seharian dan pada tahun sama juga Ryzal melunaskan janji untuk bawa Maryam pulang ke Malaysia.

“Pada 2021, Maryam mula menceburi industri hiburan sepertimana Ryzal janjikan. Namun, ianya usaha dan bakatnya yang tersendiri, Ryzal hanya membantu carikan peluang,” katanya.

Menurutnya, Tiada sebesar zarah niat mengecewakan semua, apatah lagi isterinya.

“Maafkan kekhilafan Ryzal meletakkan Maryam dalam keadaan begini.

“Terima kasih semua rakyat Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan dimana saja korang berada yang sentiasa menyokong dari awal sehingga kini,” katanya.

Menerusi video berkenaan, Maryam dilihat sebak dengan apa yang permohonan maaf Ryzal itu.

Sekadar info, isu berkaitan Ryzal tercetus selepas dia terlanjur bicara apabila memberikan pandangan yang mengguris hati ramai mengenai pakaian tradisional Ngepan Iban dari Sarawak.

Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim kemudian tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram miliknya.

BACA: "Ini Waktu Yang Sukar ..." - Maryam Masih Bersedih Selepas Kontroversi Suami, Netizen Pesan Jaga Diri & Bayi

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024