Laman Utama

“Maafkan Daddy Kalau…”- Anak Positif Covid-19, Fizi Ali Rasa Bersalah Kerana…

gempak
Syafiqah Jalal
09/03/2022
08:48 MYT
Sponsor Banner
“Maafkan Daddy Kalau…”- Anak Positif Covid-19, Fizi Ali Rasa Bersalah Kerana…
Penyampai radio, Fizi Ali rasa bersalah kerana tidak dapat bersama anaknya, Ameena Sofia yang sedang sakit dan dijangkiti Covid-19.
Menurut Fizi dia berasa berssalah kerana puterinya mendapat wabak itu sejurus selepas pulang dari rumahnya dan dihantar ke kediaman bekas isteri, Shakilla Khoriri.
“Sorry sayang daddy tak ada dengan awak..jangan risau umi awak akan jaga awak..daddy doakan awak cepat sembuh..
“Maafkan daddy kalau daddy punca awak sakit. Jaga diri sayang..Doakan Ameena cepat sembuh dari virus ni,” katanya.
Fizi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
BACA: Shakilla Khoriri Mimpi Anak Masuk Hospital, Firasat Tepat Anak Positif Covid-19
Menerusi entri itu dia memuat naik fotonya bersama cahaya matanya itu.
Kemas kini itu mendapat perhatian Shakilla yang telah menenangkan Fizi bahawa tiada siapa yang salah dalam hal itu.
“It’s okay Daddy. Bukan you minta sakit tu datang dekat Ameena. Tiada siapa yang nak.
“Dah tertulis Ameena nak kena. Doakan Ameena cepat baik,” komennya.
Entri berkenaan turut mendapat perhatian ramai pengikut, rakan artis dan warga maya yang telah mendoakan kesembuhan anak mereka.
Terdahulu Shakilla turut memaklumkan keadaan anaknya yang kini dijaga rapi olehnya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018, namun mereka memilih haluan hidup masing-masing apabila mengesahkan sudah bercerai pada Disember tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live