Pelakon Fasha Sandha sudah makin terbuka berkongsi fotonya bersama ‘baby bump’ selepas mengesahkan dirinya hamil baru-baru ini.

Terbaharu, gambar yang dikongsi Fasha di akaun Instagram miliknya mendapat perhatian pengikutnya.

Foto tersebut menunjukkan jelas perutnya yang semakin besar dan membulat yang ketika itu sedang dipangku suaminya, pelakon Aidil Aziz.

Rata-rata mula meneka jantina bayi Fasha dari bentuk perutnya.

Kebanyakan peminat menjangkakan Fasha bakal melahirkan bayi lelaki.

“Macam baby boy je...

“Anak lelaki agaknya ni.

“Bakal dapat baby boy ke tu?” komen antara pengikutnya.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar urusan serta proses hamil dan kelahiran bayinya nanti dipermudahkan.

Lama dah tak photoshoot, kekok pula. Haih. ?? Thank you Majalah Keluarga dan Team Karangkraf. Tak jemu panggil dan tunggu sejak tahun lepas. Akhirnya, terbuka hati sikit nak ber photoshoot ? Jom baca kisah keluarga kami dalam Majalah Keluarga edisi Mac ❤️ . . . . Make up : @tiarzainal Baju: @uniqlomyofficial Lokasi Berjaya Hotel KL. thank You!

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Terdahulu, Fasha yang berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada Mac 2019 berkongsi berita kehamilan pada Mei tahun lalu.

Namun, Fasha diberitakan mengalami keguguran selepas pulang daripada berhari raya di rumah keluarga mentua di Rembau, Negeri Sembilan.

Sekali lagi, pada November tahun lalu Fasha dikhabarkan hamil.

Bagaimanapun, dia yang ditemui pada sebuah acara tidak mengesah atau menafikan perkara itu.

Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita itu dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5