Skip to main content

Berita Tempatan

"Macam Bilik Pengantin" - Cantiknya Bilik Tidur Baby Boy Anzalna!

anzalnaroombefunky-collage.jpg
Aktres jelita, Anzalna Nasir berkongsi foto bilik tidur yang baru siap dihias buat anak lelakinya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"His room is ready!" tulis Anzalna ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna memuji bilik tidur tersebut, ada juga yang menyamakannya seperti bilik pengantin.

"Untung jadi anak pertama.

"Pecah record baby boy!

"Lawanya...Macam bilik pengantin," tulis netizen.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

His room is ready! ?? ❤️ Thank you @aifurdliving @happikiddo_ @stokkebaby

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on


Sedang sarat hamil lapan bulan, bayi lelaki di dalam kandungan Anzalna bakal dilahirkan pada bulan hadapan.

Anzalna dan suaminya, Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, Anzalna mengumumkan dia sedang hamil pada awal Januari lalu.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement