Laman Utama
“Macam Gam**** Fesyen Mamat Tu”- Kamal Adli Dikutuk, Ini Respon Cool Uqasha: “Kenapa Kau Yang Sakit Hati?
Pelakon Uqasha Senrose tampil membalas komen biadap seorang individu terhadap tunangnya, Kamal Adli.
Menerusi ruangan komen di akaun Instagram milik Uqasha, individu tersebut telah meninggalkan komen dengan menggunakan kata-kata kesat selepas aktres itu memuat naik foto yang merakamkan dirinya bersama Kamal.
“Macam gam**** dressing mamat tu… Kau ingat Malaysia ni sejuk ke… Poyo poyo,” tulisnya.
Uqasha bagaimanapun tidak cepat melatah, sebaliknya membalas komen itu dengan ayat paling sporting dan juga lucu.
“Kalau dia poyo pun kenapa kau yang sakit hati? Siapa suruh tengok? Kesian orang macam ni,” tulisnya beserta dengan emoji ketawa.
Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya juga bersetuju dengan Uqasha dan meninggalkan komen dalam ruangan yang sama.
Uqasha dan Kamal telah melangsungkan pertunangan pada 4 April 2021. Majlis itu berlangsung secara tertutup di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.
Must-Watch Video