Laman Utama

Macam Jumpa Peminat! Khairul Aming Sedekah Sebotol Sambal Pada Keluarga Malaysia Di London

Azwa Rahman
06/10/2022
09:42 MYT
Personaliti media sosial Khairul Aming berbesar hati memberikan sumbangan berbentuk sebotol sambal kepada sebuah keluarga dari Malaysia ketika berada di kota London pada Rabu.
Menerusi laman sosial Instagram, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 30, berkongsi momen tersebut untuk tatapan umum.
“Terjumpa satu family tadi. Meriah duk makan hahaha! Kita belanja sekali sambal Nyet,” tulisnya.
Bukan sahaja memberikan sambal, Khairul turut meluangkan masanya bergambar serta beramah mesra dengan keluarga tersebut.
Menerusi perkongsian tersebut, Khairul yang sudah berada di London sejak beberapa hari yang lalu bertemu dengan ramai pelancong Malaysia yang turut bercuti di sana.
Dalam pada itu, Khairul yang terkenal dengan video masakan itu juga turut bertemu dengan komposer dan penerbit terkenal AG Coco bersama keluarganya untuk menikmati makan malam.
Di laman Twitter, ramai wargamaya menyukai perkongsian Khairul yang kerap memuat naik momen-momennya ketika berada benua Eropah itu.
“Vibes story @khairulaming lain macam betul, tak boleh nak skip sebab rasa macam tengah jalan jalan dekat London juga,” komen seorang wargamaya.
“Thank you @khairulaming bawak kitorang jalan-jalan London. enjoy teruk tengok live dia hari-hari kat sana haha,” ujar seorang wargamaya.
“Khairul Aming macam buat fanmeeting dekat London,” kata seorang wargamaya.
“Lepas tengok IG Sories Khairul Aming rasa cam nak gi UK nak pi makan je hahahah,” tulis seorang wargamaya.
“Story story Khairulaming ni buat aku rasa macam aku kat London,” kata seorang wargamaya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fazura, Beto Kusyairy Puji Usaha Sofyank & Khairul Aming Beri Kesedaran Tentang Palestin - “Well Done Boys”

gempak
24/05/2024
12:55 MYT
Gabungan kolaborasi pempengaruh terkenal, Khairul Aming dan pencipta kandungan digital, Sofyank meraih perhatian ramai apabila menghasilkan video infografik bagi menerangkan tentang isu Gaza dan Rafah.
Viral

Didakwa Dendeng Nyet Berapi Tak Sedap, Ramai Back Up Khairul Aming - “Benda Ni Ikut Tekak Masing-Masing”

gempak
16/04/2024
04:55 MYT
Cita rasa masing-masing, subjektif gitu.
Terkini

Individu ‘Menyamar’ Jadi Staff & Siap Dedah Jumlah Bonus Diterima, Khairul Aming - “Faham Nak Bergurau, Tapi…”

gempak
04/04/2024
03:55 MYT
Seorang pengguna platform X yang ‘mendedahkan’ jumlah duit raya yang diberikan oleh Khairul Aming kepada kakitangannya.
Viral

Khairul Aming Tutup Kilang, Siap Belanja Staff Barang Dapur & Bagi Duit Raya! Netizen Kagum - “Patutlah Murah Rezeki”

gempak
02/04/2024
20:55 MYT
Patutlah Khairul Aming sentiasa murah rezeki.
Viral

Kongsi Diet Sihat, Netizen Ambil Peluang ‘Usik’ Khairul Aming - “Raya Nanti Kau Nak Kurus Sorang Ke?!”

gempak
20/03/2024
03:55 MYT
Makan tak salah, tapi kesihatan kena jaga