“Macam Lady Gaga Dekat Met Gala” - Netizen Syukur Fara Mendoza Dah Lengkap 2 Dos, Empunya Badan Pula Tak Sabar Nak Dine In!
Pelakon yang kini bergelar personaliti media sosial, Fara Mendoza akhirnya lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.
Perkara itu dikongsi Fara atau nama sebenarnya Norfaralinah Md Yunus menerusi satu posting di Instagram, baru-baru ini.
Menurut Fara, dia terpaksa menunggu selama dua bulan untuk menerima suntikan lengkap kerana mengambil vaksin jenis Astrazeneca.
Jelasnya, selain itu dia juga tidak sabar untuk makan secara ‘dine in’ di restoran sebaik tamat tempoh 14 hari.
“Tapi kena sabar lagi 14 hari merdeka. Nak dine in,” katanya ringkas sebagai kapsyen.
Menerusi ruang komen, rata-rata meluahkan rasa syukur mereka kerana Fara akhirnya telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.
Malah, ramai yang memuji penampilan Fara yang cukup bergaya seakan menghadiri majlis berprestij Met Gala.
Tidak kurang juga yang menggelar Fara seperti penyanyi Lady Gaga.
Anda boleh lihat komen di bawah.
Sekadar info, vaksin AstraZeneca perlu diambil dengan dua dos.
Namun jarak masa yang perlu diambil antara dos pertama dengan dos kedua telah ditetapkan selama 12 minggu.
Tempoh 12 minggu ini agak lama berbanding jenis vaksin lain yang hanya sekitar dua minggu.
Menurut kajian, keberkesanan AstraZeneca bagi jarak masa 12 minggu antara pemberian dos pertama dan kedua adalah sebanyak 82.4%, berbanding hanya 54.9% bagi selang masa 6 minggu.