Hiburan

“Macam Mana Nak Buat Agar Orang Nampak Bakat Saya” – Wani Kayrie Percaya Rezeki Tak Pernah Salah Alamat

gempak
Izwan Isa
07/03/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
“Macam Mana Nak Buat Agar Orang Nampak Bakat Saya” – Wani Kayrie Percaya Rezeki Tak Pernah Salah Alamat
Banyak mata tertumpu pada Wani Kayrie ketika dia mengadakan persembahan pada majlis Anugerah Televisyen Asian Ke-28 di Ho Chi Minh, Vietnam pada Januari lalu.
Selain persembahan memukau, pujian juga turut dilimpahkan kepada Wani kerana mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dengan menjayakan persembahan selama dua malam.
Namun, berbeza reaksi yang diterima di negara sendiri - Wani seperti dianaktiri.
Wani, 24, atau nama sebenar Syazwani Abdullah berkata, situasi sebegitu hanya wujud dalam segelintir pihak yang masih belum melihat bakat dan kemapuan sebenar dirinya.
“Soal ‘dianaktirikan’ dalam negara, tak rasa sebegitu. Mugkin ada segelintir kategori kumpulan yang melihat saya sebagai penyanyi biasa tak sama hebat dengan artis lain yang ada dalam Malaysia.
“Sedikit sebanyak agak sedih juga. Saya sampai terfikir, macam mana nak buat agar orang nampak bakat saya. Sedangkan kalau orang yang kenal saya, saya sudah bertanding dari sekolah rendah lagi. Malah pernah menjadi juara program pertandingan realiti kanak-kanak. Termasuk menyertai banyak pertandingan di Astro, tapi orang masih tak nampak.
“Saya pun tak tahu di mana silapnya. Tetapi rasa sedih juga. Sebab sampai sekarang saya cuba sehabis baik untuk ketengahkan kemampuan, tapi itulah hanya orang yang betul-betul hargai bakat kita akan nampak,” katanya.
Wani yang menjadi tetamu pada SYOK Podcast Confession Bilik Gelap turut mendedahkan dia pernah menjadi ‘mangsa’ pilihan terakhir bagi sebuah pertandingan realiti.
“Secara nyata, banyak orang meletakkan saya pilihan terakhir. Ada satu pertandingan ni, saya tak nak masuk, tapi orang ini minta tolong, jadi saya terima. Saya cuba cari penari sendiri untuk pertandingan itu. Sekali mereka cakap sudah dengan artis lain.
“Saya pun tanya bila dapat tahu sebab saya baru dapat tawaran. Mereka cakap lagi dah tahu dua minggu awal. Saya tanya orang lain pun sama. Jadi saya fikir saya adalah pilihan akhir, sebab dapat tahu pada saat akhir.
“Namun, saya buat saja biarpun banyak dugaan. Alhamdulillah saya sampai ke peringkat akhir dan mendapat tempat. Itu yang orang kata, rezeki tak pernah salah alamat. Saya selalu ingat kata-kata mak, apa yang penting kita semangat nak buat sesuatu,” katanya.
Wani juga mendedahkan dia pernah terfikir untuk berhenti menyanyi disebabkan ‘layanan’ diterima dalam industri hiburan tanah air.
“Nak cakap soal sedih, memang sedih. Sampai satu tahap saya nak berhenti menyanyi. Tapi, saya membawa semangat mak dan adik-adik. Bagi saya, ini ‘passion’ yang saya buat dari umur 5 tahun. Ini juga rezeki paling besar yang mengubah hidup saya sekeluarga sampai sekarang,” katanya.

BERITA TRENDING: Bakal Mula Internship, Wani Kayrie Sempat Lancar Lagu Baharu 'Fajar'! - "Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya..."

BERITA TRENDING: Gagal Ke AJL38, Wani Kayrie Bakal Harumkan Nama Malaysia Di Vietnam! - "Sabar Itu Indah"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024