Sekilas
- Anak sulung Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan, disahkan menghidap influenza selepas mengalami simptom seperti sakit kepala, sukar bernafas, dan demam panas.
- Datin Seri Nur Shahidah segera membawa Ammar mendapatkan rawatan di hospital dan dijangka berehat selama tiga hari di wad.
- Peminat dan netizen memberikan doa agar Ammar cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.
Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahidah memaklumkan anak mereka, Ammar Ahyan disahkan dijangkiti influenza selepas mengalami beberapa gejala sejak pagi Khamis.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shahidah segera membawa anak sulungnya itu untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu mengalami sakit kepala, sukar bernafas dan sakit sendi, selain suhu badannya turut meningkat.
“Bila orang jarang-jarang sakit, sekali dia sakit memang teruk. Ammar ini jarang sebenarnya kena demam atau apa-apa.
“Tapi pagi tadi dia mengadu sakit kepala, sukar nak bernafas, sakit sendi dan suhu badan panas sangat.
“Bawa ke hospital, memang sah dia kena influenza. Tak apalah, berehatlah Ammar. Mungkin tiga hari dalam wad. Doakan dia cepat sembuh ya,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Ammar segera pulih dan kembali sihat seperti sediakala.