Berita

“Macam Muka Aafiyah!”- Wajah Baby Siti Sairah Disamakan Dengan Anak Siti Nurhaliza

gempak
Syafiqah Jalal
31/01/2019
06:21 MYT
Sponsor Banner
“Macam Muka Aafiyah!”- Wajah Baby Siti Sairah Disamakan Dengan Anak Siti Nurhaliza
Selepas habis tempoh berpantang, penyanyi Siti Sairah telah memuat naik foto mendedahkan wajah anak keempatnya.
Bayi yang dilahirkan pada 13 Disember lalu itu telah diberi nama Siti Nurkhalishah Alisha.
Foto tersebut telah mendapat perhatian pengikutnya di Instagram yang rata-rata mendakwa wajahnya mirip sepupunya, Siti Aafiyah iaitu anak kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Tidak kurang juga memberitahu bayinya mirio wajah suaminya, Mohd Sharidan.
Sairah dalam entri terbaharunya juga mengaku ramai yang datang memberitahu wajah anaknya mirip Aafiyah.
“Ramai yang cakap macam dia (Aafiyah),” tulisnya.
Pada 13 Disember lalu, Sairah melahirkan bayi keempatnya selepas berkahwin dengan Mohd Sharidan pada 24 Februari 2018.
Terdahulu, Sairah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar pada 27 Oktober 2010 namun berpisah empat tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak, Ummi Umairah, 7, Ahmad Daiyan, 6, dan Ahmad Aisy, 4.
View this post on Instagram
A post shared by Siti Nursairah Tarudin (@sitisairahtarudin) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024