,
Berita

“Macam Pelik Bunyinya Tapi…”- Abby Abadi Perlukan Bayi Yang Tidak…

Syafiqah Jalal
15/10/2020
07:00 MYT
Pelakon Abby Abadi memaklumkan dia memerlukan bayi yang tidak mampu dipelihara oleh ahli keluarga.
Kata Abby apa yang dilakukan adalah demi untuk menjamin masa depan yang baik untuk bayi yang dilahirkan.
“Saya memerlukan bayi yang tidak mampu dipelihara. Macam pelik je bunyinyakan tapi itulah dia.
“Saya menyeru pada adik-adik, kakak-kakak, ibu-ibu yang tidak mampu menjaga bayi mereka. Jika segan untuk berurusan dengan jabatan-jabatan yang sepatutnya, boleh berurusan dengan saya untuk saya berikan masa depan yang lebih baik buat bayi itu.
“Tak kisah warganegara atau bukan warganegara, asal dari manapun, sama ada sah atau tidak sah.
“Saya akan usaha untuk bantu mendapatkan penjaga yang baik dan mampu menjaga dengan penuh tanggungjawab.
“Yang sudah lahir dialu- alukan. Kalau belum lahir kita bincang dan rancang awal ye. Mesej saya secara peribadi,” katanya.
Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji usahanya serta mendoakan urusannya itu dipermudahkan.
Terdahulu, Abby membantu ramai ibu bapa untuk mendapatkan anak angkat dari penjaga yang tidak mampu memelihara anak mereka.
Abby juga mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang masing-masing berusia 2 tahun serta Maira Darda Farisa yang baru berusia 6 bulan.
Sekadar info, Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

SAYA MEMERLUKAN BAYI YG TIDAK MAMPU DIPELIHARA . Mcm pelik je bunyinya kan.. tp itulah dia. Sy menyeru pada adik2, kakak2, ibu2 yg tidak mampu menjaga bayi mereka, jika segan utk berurusan dgn jabatan2 yg sepatutnya, buleh berurusan dgn Sy utk Sy berikan masa depan yg lebih baik buat bayi itu. . Tak kisah warganegara atau bukan warganegara, asal dari manapun.. sah atau tidak sah.. Sy akan usaha utk bantu mendapatkan penjaga yg baik & mampu menjaga dgn penuh tanggungjawab ? . Yg sudah lahir di alu alukan. Kalau belum lahir kita bincang & rancang awal ye. DM tau.. ? . Ps: Yg tak berminat, mencari salah, sibuk nk pertikaikan itu dan ini.. komen anda tidak diperlukan disini ye. ALLAH sebaik2 Penilai ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

"Saya Rasa Satu Rezeki Sebab Ayah Meninggal Dunia Di Sebelah Saya, Ketika Saya Ada" - Anak S Atan

gempak
17/11/2024
01:55 MYT
Menurut Rozaini atau mesra disapa Dani, 36, dia sepatutnya mempunyai persembahan di Dewan Filharmonik PETRONAS namun dia mengambil keputusan untuk tidak pergi memandangkan keadaan arwah ayahnya yang tidak mengizinkan.
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Berita

Sangsi Anak 'Terlalu Cantik' Lelaki Buat Ujian DNA

gempak
14/11/2024
05:25 MYT
Seorang lelaki di Vietnam yang sangsi mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dia dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Hiburan

Atikah Rose Bukan Anak Saudara Adira - "Kami Cuma Sekampung"

gempak
12/11/2024
05:55 MYT
Penyanyi Adira mendedahkan bahawa finalis The Chosen One S2, Atikah Rose bukanlah anak saudaranya seperti yang disangka oleh netizen.
Unitar