Suami kepada Instafamous King Coco, Kapten Azrin mendedahkan telah menceraikan isteri pertamanya, Nor Azura Usman pada Oktober 2018.
Keputusan untuk berpisah itu jelas Azrin dibuat hasil persetujuan bersama dan selepas berbincang dengan keluarga masing-masing.
"Saya mengesahkan kami berdua sudah pun bercerai pada awal bulan Oktober 2018.
"Saya tak pernah berniat untuk menceraikan bekas isteri saya. Kami berbincang dengan keluarga dan ibu saya akhirnya saya bersetuju untuk Nor Azura memfaikan kes perceraian ini.
"Mungkin disebabkan kekhilafan saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
"Kami berpisah cara baik dan sehingga kini masih berkomunikasi demi anak-anak. Saya akui sampai sini sahaja jodoh kami berdua," katanya memetik laporan Nona.
Status madu King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail mula menjadi perhatian apabila bekas isteri Ude Wahid, Intan Saleh memuat naik gambar bersama berserta kata-kata semangat baru-baru ini.
Menerusi keterangan bio Instagram Nor Azura pula, wanita itu telah meletakkan status 'single mom' hingga mencetuskan teka-teki hubungan rumah tangganya dengan Azrin.
Hasil perkahwinan Nor Azura dan Azrin, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata.
Manakala, King Coco dan Azrin memiliki seorang anak, Putra Kyle Mateen yang kini berusia setahun.
Sumber: Nona
Amri Hassan
Tue Jan 22 2019
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.