gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Bekas Ratu Cantik Sabah Didakwa Rampas Suami Orang, Hamil Sebelum Sah Cerai – “Kalau Sebut Nama, Ramai Tahu Siapa!”
HIBURAN
Syed Saddiq Dedah Rutin Harian Bermula 5 Pagi, Mandi Pun Di Parlimen - “Saya Ni Workaholic, Tak Suka Duduk Diam”
HIBURAN
Sopan Santun Panggil ‘Encik Nabil, Encik Hun’ Dalam Rancangan Meletop, Anak Aliff Syukri Dipuji Netizen - “Jarang Kita Dengar…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Maher Zain Mahu Cakap Bahasa Melayu Depan Peminat Di Konsert - “Saya Kena Masuk Belajar Semula”

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
13/06/2025
12:50 MYT
Sponsor Banner
Maher Zain Mahu Cakap Bahasa Melayu Depan Peminat Di Konsert - “Saya Kena Masuk Belajar Semula”
Penyanyi terkenal antarabangsa, Maher Zain bakal mengubat rindu peminat di Malaysia dan Singapura apabila kembali menjayakan Konsert Jelajah Asia Tenggara 2025 pada Ogos depan.
Kehadiran semula pelantun lagu popular Insha Allah itu sememangnya dinanti-nantikan setelah enam tahun tidak menjejakkan kaki ke Malaysia, yang dianggap cukup dekat di hati peminat setianya.
"Sudah enam tahun saya tidak berkunjung ke Malaysia dan syukur Alhamdulillah, akan datang semula pada Ogos nanti untuk menjayakan Konsert Jelajah Asia Tenggara 2025 ini.
"Saya gembira dan teruja menghiburkan peminat di Malaysia dan Singapura dengan lagu-lagu saya yang mungkin masih diingati ramai. Terima kasih kepada semua peminat," katanya menerusi siaran langsung (live).
Maher berkata demikian menerusi siaran langsung (live) semasa sidang akhbar Konsert Jelajah Asia Tenggara menerusi aplikasi Zoom, pada Rabu.
Dalam masa sama, Maher Zain turut memaklumkan dia teruja untuk kembali bertutur dalam Bahasa Melayu dalam persembahannya itu nanti demi peminat.
"Bahasa Melayu saya, kena masuk belajar semula dan berlatih kerana sudah lama tidak ke Malaysia. Tapi, saya yakin dalam tempoh dua bulan ini, Insya Allah saya boleh belajarnya kembali.
"Penting juga untuk saya bertutur Bahasa Melayu buat peminat di Malaysia. Apapun, saya harap semuanya berjalan lancar dengan persediaan dilakukan bersama pasukan saya,"' katanya.
Konsert Maher Zain bakal berlangsung pada 16 Ogos depan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, diikuti The Star Theatre, Singapura pada 21 Ogos 2025 dan Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu pada 23 Ogos 2025.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Maher Zain
#peminat
#Belajar
#Bahasa Melayu
#Jelajah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement