,
Berita

Mahligai 17 Tahun Musnah, Opie Zami Sah Bercerai Talak Satu

ZULHILMI JALIL
10/08/2020
04:55 MYT
Pelakon dan pengarah Opie Zami sah bercerai talak satu dengan isteri, Zamzarina Mohamed di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur hari ini.
Opie atau nama sebenarnya Mohamad Soupi Zami, 46, melafazkan cerai terhadap Zamzarina, 43, di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Mahir Zanial.
Selepas mendengar lafaz cerai itu, Ahmad Mahir memerintahkan Zamzarina untuk melalui proses tempoh edah selama tiga bulan.
Zamzarina diwakili peguam syarie, Azmanira Ismail @Zanudin, manakala Opie tidak diwakili peguam.
Opie ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia reda apabila rumah tangga yang dibina selama 17 tahun itu terlerai selepas segala usaha untuk menyelamatkan rumah tangga dilakukan.
“Isteri saya tak salah, saya yang salah kerana gagal membentuk isteri saya menjadi isteri yang misali.
“Isteri saya bagus, seorang ibu yang baik. Punca perceraian terlalu peribadi untuk saya kongsikan,” katanya yang memberitahu sudah tidak tinggal sebumbung sejak 3 Ogos lalu.
Sementara itu, Zamzarina mengakui kemelut rumah tangganya sudah berlarutan sejak 2010.
“Ini bukan pertama kali pergi ke mahkamah berhubung masalah rumah tangga, dah tiga kali saya turun.
“Lepas ini saya akan uruskan hak penjagaan anak dan tuntutan nafkah,” katanya.
Terdahulu, Zamzarina selaku plaintif memfailkan permohonan cerai pada 16 Mac lalu.
Permohonan cerai itu dibuat mengikut seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Shah Saidi, 15, Aliff Shah Syedi, 13 dan Arrif Shah Saidi, 8.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.