,
Hiburan

Mahu Beri Pengalaman Muzik Luar Biasa, Konsert ‘YAPH & Teman-Teman’ Bakal Kumpulkan Lebih 20 Artis

Asyikin Mayudin
30/07/2024
18:55 MYT
Penyanyi YAPH bakal tampil dengan konsert ‘YAPH & Teman-Teman’ yang akan diadakan pada 26 Oktober depan di RCD Big Studio, Shah Alam, Selangor.

Lebih 20 Artis

Menurut YAPH, konsert itu juga menyaksikan lebih dari 20 artis yang pernah berkolaborasi dan menjadi peneman sepanjang perjalanan muziknya.
"Naskah MRPHN dah berakhir. Dua tahun kebelakangan ini saya telah mengadakan dua konsert solo termasuk beberapa konsert jelajah negeri dan Alhamdulillah kesemuanya full house.

“Kira-kira lebih 3,000 pengunjung bagi kesemua konsert atau acara persembahan. Kali ini saya ingin bawakan teman-teman seperjuangan saya dalam menghasilkan muzik yang sudah melebihi tujuh tahun ke konsert saya sebagai tanda menghargai mereka.

“Selain war-warkan kepada penyokong saya yang hadir pada malam itu, mereka inilah antara peneman perjalanan muzik saya,” kata YAPH yang merupakan artis dibawah naungan Silent Set Entertainment.
Konsert ini menjanjikan lebih dari 27 lagu yang menggabungkan irama hiphop moden dengan sentuhan muzik tradisional Malaysia.
Setiap lagu dipilih dengan teliti untuk memberikan pengalaman muzik yang luar biasa, menghidupkan semula warisan budaya yang kaya dengan elemen-elemen kontemporari yang segar.
Disokong oleh Kementerian Komunikasi Malaysia dan MyCreative Venture Sdn. Bhd, konsert ini merupakan bukti nyata bagaimana muzik dapat menjadi jambatan yang menghubungkan generasi dan budaya.
Di bawah pengarah muzik muda yang penuh inspirasi, Aliff Redza, konsert ini akan dimainkan secara live menampilkan Bunyi FX bersama pemuzik profesional dan pemuzik tradisional dari seluruh pelosok Malaysia, menjadikan persembahan ini sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.

Info Mengenai YAPH

Untuk info, YAPH adalah seorang penyanyi, penulis lagu, dan penerbit yang memilih untuk tidak menunjukkan wajahnya selain mempunyai identiti unik di mana dia lebih suka dikenali kerana bakatnya dan bukan penampilannya.
Dikenali sebagai SENSEI oleh peminat setianya, YAPH menghasilkan semua lagunya sendiri dengan mempersembahkan pelbagai genre termasuk hiphop, tradisional moden, spiritual, balada, dan pop.
Seorang penulis lirik dan penerbit muzik, YAPH juga bersedia menerima cabaran untuk menghasilkan lagu dalam genre yang tidak biasa baginya dan berkolaborasi dalam projek dengan artis lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Berita

Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri

gempak
16/09/2024
14:55 MYT
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.
Hiburan

Pertama Kali Join Reality Show, Zarif Ghazzi Teruja Jayakan Call Me Handsome Sempena Hari Malaysia – “Saya Terus Ambil, Tolak Semua Job”

gempak
16/09/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi teruja apabila membuat penampilan dalam sebuah rancangan realiti, Call Me Handsome.