Gaya Hidup

Mahu Fit Seperti Lisa Surihani & Diana Danielle, Amelia Henderson Sertai Program B Healthy

gempak
Ahmad Shah
22/08/2016
16:05 MYT
Sponsor Banner
Mahu Fit Seperti Lisa Surihani & Diana Danielle, Amelia Henderson Sertai Program B Healthy
Pelakon berdarah kacukan, Amelia Henderson merasakan dirinya lebih anggun, cergas dan sihat selepas menyertai program B Healthy.
Menurut Amelia, terlibat sebagai hos menyebabkan dia secara tidak langsung mengikuti tips kesihatan yang dikongsi menerusi program gaya hidup itu.
Dalam pada itu mengakui teruja kerana dapat mengikuti senaman khas untuk menurunkan berat badan dan kekal langsing.
“Secara jujurnya saya memang tidak pernah menitik beratkan tentang pemakanan seharian, apatah lagi bersenam.
“Bagaimanapun B Healthy telah membuka minda saya untuk amalkan gaya hidup sihat walaupun sebelum ini saya fikir ia perkara susah dan remeh.
“Hal-hal berkaitan pemilihan makanan pun saya tak ambil berat, saya makan apa sahaja yang saya mahu.
"Program ini secara tidak langsung membuatkan saya lebih berdisiplin untuk terus kekal anggun dan lebih sihat serta bertenaga selepas ini," katanya kepada Astro Gempak ketika majlis sidang media dan pelancaran program tersebut baru-baru ini.
Tambah Amelia lagi, dia menerima tawaran sebagai hos B Healthy kerana merasakan program ini bersesuaian dengan dirinya.
“Be Healthy ini umpama seperti menyelam sambil minum air, selain menjadi hos saya juga berpeluang melakukan sendiri senaman khas terutamanya Yoga.
"Saya juga tidak berseorangan kerana selebriti jemputan seperti Lisa Surihani, Diana Danielle, Deborah Henry dan ramai lagi untuk mencuba setiap ‘fitness’ yang ingin dikongsikan bersama penonton,” ujarnya semangat.
Program B Healthy mengupas pelbagai isu berkaitan dengan kecergasan, pemakanan sihat dan senaman yang penuh dengan informasi mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Ia menampilkan 3 segmen iaitu ‘B Nutritious’ membincangkan tips pemakanan sihat dan resipi menarik dan mudah untuk di cuba.
‘B Fitness’ pula memaparkan pelbagai rutin senaman seperti cross training, yoga dan Zumba.
Manakala segmen terakhir ialah ‘B Mindfullness’ yang membawa penonton menyelami fakta-fakta menarik serta info berguna berkaitan topik kesihatan yang dibincangkan secara lebih mendalam.
Telah bersiaran pada 21 Ogos dan akan disiarkan pada setiap Ahad jam 7 malam di saluran Astro Bella (saluran 133) dan Mustika HD (saluran 134.)
Program ini yang mengunakan 100 peratus Bahasa Inggeris turut menawarkan pakej percutian ke Bali Indonesia, menerusi peraduan kuiz mingguan yang perlu dijawab oleh penonton setiap minggu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024