Pempengaruh yang mengetengahkan isi kandungan berkaitan muzik, Adzrin Adzhar menyimpan impian besar apabila ingin membantu individu yang meminati dunia seni, namun tidak berkemampuan.
Katanya, dia mahu memberi peluang kepada mana-mana indvidu yang mempunyai kelebihan dalam bidang muzik untuk terus mengembangkan bakat mereka.
"Saya sebenarnya bercita-cita mahu berkongsi ilmu kepada mereka yang tidak mampu mahupun mereka yang berkemampuan.
Berkongsi pengalaman dicalonkan sebagai finalis top 5 bagi kategori Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024, Adzrin memberitahu dia tidak menyangka namanya akan disenaraikan sebaris rakan-rakan kandungan yang tidak kurang hebatnya.
"Bagi saya, sudah tercalon pun dah cukup gembira untuk diri saya. Apalagi saya ditempatkan sebaris dengan rakan-rakan lain yang hebat- hebat.
Selain Adzrin Adzhar, Dr Say Shazril, Fathi Hussien, Muhammad Noor dan Tun Laila diumumkan sebagai senarai finalis top 5 bagi kategori ‘Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak’ Anugerah Gempak Most Wanted 2024 pada Rabu.
Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari.
Katanya, dia mahu memberi peluang kepada mana-mana indvidu yang mempunyai kelebihan dalam bidang muzik untuk terus mengembangkan bakat mereka.
BERITA BERKAITAN: Harith Iskander Kongsi Asam Garam Dalam Rumah Tangga - “Bukan Nak Kata Tiada Gaduh, Ada Tapi…”
BERITA BERKAITAN: FFM33: Beto Kusyairi dan Diana Danielle Bersaing Dengan Nabila Huda, Zul Ariffin & Shaheizy Sam Untuk Kategori Top 5 Pelakon Terbaik
Adzrin yang juga guru vokal selama 17 tahun berpandangan, tidak semua individu mampu untuk memasuki kelas vokal."Saya sebenarnya bercita-cita mahu berkongsi ilmu kepada mereka yang tidak mampu mahupun mereka yang berkemampuan.
"Jadi saya la tempat rujukan anda secara percuma mahupun berbayar. Insya-Allah saya akan turunkan ilmu yang saya tahu kepada semua," katanya ditemui di Sidang Media Gempak Most Wanted Awards 2024 pada Rabu.
Berkongsi pengalaman dicalonkan sebagai finalis top 5 bagi kategori Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024, Adzrin memberitahu dia tidak menyangka namanya akan disenaraikan sebaris rakan-rakan kandungan yang tidak kurang hebatnya.
"Bagi saya, sudah tercalon pun dah cukup gembira untuk diri saya. Apalagi saya ditempatkan sebaris dengan rakan-rakan lain yang hebat- hebat.
"Andai kata saya berjaya ini merupakan platform saya untuk melangkah lebih jauh lagi tetapi sekiranya bukan rezeki saya. Tak mengapa. Itu semua rezeki masing-masing," katanya.