BERITA
Mahu Perbaiki Teknik Nyanyian, Siti Nurhaliza Masuk Kelas Vokal
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki teknik nyanyiannya.
Menurut Siti, kelas vokal tersebut merupakan salah satu dari persediaan sebelum dia mengadakan Konsert Siti Nurhaliza On Tour yang akan bermula pada 21 Februari ini di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia.
"Walaupun saya sudah lama menyanyi, tapi saya tidak menolak untuk belajar vokal untuk memperbaiki teknik nyanyian saya.
"Kelas vokal ini akan bermula tidak lama lagi dan ia merupakan salah satu persediaan saya sebelum mengadakan konsert jelajah Siti Nurhaiza On Tour tidak lama lagi.
"Selain dari kelas vokal, saya juga sedang aktif berlatih menari dan menjaga kesihatan dengan baik agar semuanya berjalan lacar untuk konsert tersebut," ujar Siti.
Siti berkata demikian ketika ditemui di Majlis Minum Petang SimplySiti Di Hati bertempat di PNB Perdana Hotel, Kuala Lumpur petang semalam.
Konsert Siti Nurhaliza On Tour akan bermua pada 21 Februari di Indonesia, 2 Mac di Singapura, 16 Mac di Kuala Lumpur dan 22 April di Royal Albert Hall, London.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket konsert ini (selain Royal Albert Hall), sila layari www.myticket.asia.
Must-Watch Video