Usahawan sensasi dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli tidak kisah untuk bekerjasama dengan mana mana komposer bagi merialisasikan hasratnya memiliki sebuah lagu raya.

Menawarkan wang sebanyak RM200,000, Iqbal bagaimanapun berharap karya yang dihasilkan itu berkualiti dan bukan bertujuan untuk mengambil kesempatan.

“Saya tidak kisah untuk kerjasama dengan orang lama atau baru dalam mencipta lagu. Tetapi saya berharap tiada yang ambil kesempatan atas tawaran yang saya sebutkan tadi.

“Saya tahu untuk menilai harga dan kualiti. Ada orang profesional di belakang saya. Kita fikir untuk kerjasama lama.

“Banyak lagi lagu yang saya mahu terbitkan. Jadi jika ada selain lagu raya pun bolehlah hantar demo kepada saya. Tolong DM saya ya,” maklumnya menerisi ruangan Insta Story miliknya.


Dalam pada itu, Iqbal juga berjanji akan tetap menjaga etika dalam pemilihan lagu raya dan tidak akan merosakkan industri muzik.

“Tolonglah sesiapa boleh buatkan lagu raya untuk saya. Bajet saya sebanyak ini sahaja, perniagaan sedang perlahan.

“Cuma masa agak suntuk kalau boleh saya mahu buatkan secepat mungkin. Tolong sebarkan ya.

“Saya janji tidak akan rosakkan industri muzik dan tetap menjaga etika,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Iqbal Rajin Tuntut Ilmu, Tak Percaya 10 Guru Vokal Puji Suaranya - “Sedar Diri Tapi Saya Suka Belajar”


Terdahulu, Iqbal pernah menyertai program realiti Big Stage 2022.

Bagaimanapun kemunculan Iqbal sebagai peserta ke-12 Big Stage mengundang rasa kurang senang netizen.