Laman Utama

Mahukan Kulit Anjal, Berseri & Bersih? Ini Langkah Penjagaan Mudah Untuk Wajah Anda!

gempak
Izwan Isa
13/06/2022
10:20 MYT
Sponsor Banner
Mahukan Kulit Anjal, Berseri & Bersih? Ini Langkah Penjagaan Mudah Untuk Wajah Anda!
Cuaca yang tidak menentu dan rutin harian yang sibuk menyebabkan kebanyakan daripada kita sering mengabaikan tanggungjawab untuk merawat dan menjaga wajah. Bayangkan jika kita tidak menjaga kulit dengan sempurna, sudah pasti wajah akan kelihatan kusam dan tidak berseri.
Namun, dengan WonderDewi Cica Series, anda boleh mendapatkan kulit wajah yang lebih mulus, anjal dan bebas cela dalam masa yang singkat dan mudah.
WonderDewi Cica Series mengandungi bahan aktif semula jadi Cantella Asiatica, sejenis tumbuhan yang kaya dengan elemen penyembuhan dan penjanaan semula. Turut dikenali sebagai ‘rumput harimau’ atau Cica, tumbuhan ini dapat membantu penjanaan semula sel dan dalam masa yang sama membaiki kulit.
Selain itu, ia juga mampu menguatkan lapisan kulit, menjadikannya berdaya tahan terhadap bakteria dan menghalang kekotoran pada persekitaran. Dalam masa yang sama, Cica turut mempunyai elemen yang menenangkan, melembapkan dan juga melegakan. Justeru, ia merupakan bahan yang sesuai untuk merawat setiap jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Mulakan dengan proses cucian berganda (double cleansing) menggunakan WonderDewi Cica Makeup Remover yang mampu membuang semua olesan mekap yang dipakai sepanjang hari. Ia juga boleh dijadikan sebagai langkah pertama pembersihan atau digunakan sebagai pembersih perdana. Membasmi minyak, pembersih mekap ini juga memberikan efek lembab pada wajah setiap kali selepas digunakan.
Bagi mendapatkan pembersihan terbaik, gunakan WonderDewi Cica Cleansing Gel yang mampu membersih dan memberikan kelembapan pada kulit tanpa menyebabkan kekeringan. Hasilnya, pH level kulit berada sekitar 5.5 - 6.5 dengan perlindungan tambahan bagi mengelakkan kehilangan kelembapan.
Untuk menanggalkan kulit mati, teruskan rutin penjagaan wajah dengan WonderDewi Cica Gentle Scrub yang membantu membuka pori-pori tersumbat dan mengeluarkan kekotoran serta menghilangkan sebum yang berlebihan. Mengandungi Plant Based Acid Complex, skrub ini bersifat lembut dan tidak kasar pada kulit.
Teruskan rutin dengan WonderDewi Cica Toner yang bersifat menenangkan dengan bantuan Centella Asiatica dan Betaine. Penyegar ini bertindak melegakan kulit yang merengsa dan mengekalkan kelembapan di samping membentuk penghalang kulit anda dengan adanya Asid Hyaluronik.
Kemudian, oleskan WonderDewi Cica Moisturiser yang mampu memberikan kelembapan optimal pada kulit wajah dengan bantuan Tea Tree, Panthenol dan Squalane. Ringan dari segi tekstur, pelembab ini juga mampu membaik pulih kulit anda daripada kesan kerosakan radikal.
Sudahi rutin penjagaan kulit anda dengan WonderDewi Cica Sunscreen yang mampu melindungi kulit daripada kerosakan matahari dan juga radiasi. Tabir suria dengan SPF50 PA++++ ini dapat melindungi kulit daripada sinar berbahaya UVA dan UVB.
Kandungan anti-oksida Niacinamide dan Tocopherol membantu membaik pulih kulit yang rosak daripada sinar UV. Lebih menarik, ia juga dapat mengawal pengeluaran minyak pada wajah.
Sesuai untuk semua jenis kulit, WonderDewi Cica Series menjanjikan hasil yang pasti membuatkan anda berpuas hati.
Beli sekarang di mana-mana WonderStore untuk nikmati promosi eksklusif atau hubungi Ejen WonderLab
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024