HIBURAN
Maia Estianty Dipuji Beri Layanan Baik Pada Anak Mulan, Sahabat Yang ‘Sondol’ Suaminya, Ahmad Dhani
Keluarga pesohor Ahmad Dhani sedang berbahagia menyambut kehadiran menantu apabila anak sulungnya, Al Ghazali segera menikah dengan Alyssa.
Buat pertama kalinya juga masyarakat melihat Dhani bergabung dengan keluarga bekas isteri, Maia Estianty dan suami, Irwan Mussry. Diketahui sejak Dhani bercerai dengan Maia kerana curang bersama sahabat dan rakan artis, Mulan Jameela, Maia mengelak untuk berjumpa dengan pasangan itu.
Namun pada majlis siraman yang berlangsung hujung minggu lalu, mereka berkumpul untuk meraikan Al yang merupakan anak daripada perkahwinan Dhani dan Maia.
Menerusi video dan rakaman yang tersebar, peminat memuji sikap Maia yang sopan dan tidak menolak saat anak dari Dhani dan Mulan ingin bersalaman dengannya. Maia malah dilihat tersenyum menyambut salam dua anak Mulan iaitu Tiara yang merupakan anak dari hasil perkahwinan terdahulu diikuti Safeea yang merupakan anak hasil perkahwinan Dhani dan Mulan.
Selain Tiara dan Safeea, anak lelaki Mulan dan Dhani iaitu Muhammad Ali juga dilihat bersalam dan mencium tangan Maia yang disambut hangat.
Sikap Maia yang tidak menunjukkan kebencian terhadap mereka meski pernah disakiti oleh Mulan dan Dhani menerima pujian. Rata-rata warganet mengatakan Maia sangat matang kerana tidak melibatkan anak-anak dalam masalah yang pernah melanda mereka.
Untuk rekod, perkahwinan Dhani dan Mulan telah membuat hidup Maia merana. Dia juga telah keluar daripada rumah sehelai sepinggang dan meninggalkan tiga anak hasil perkahwinan mereka bersama pengasas Dewa 19 itu.
Must-Watch Video