Mendebarkan. Belum lagi selesai siasatan terhadap kes pembunuhan novelis Jay, seorang lagi yang terlibat dalam penyiasatan itu terbunuh?

Itu yang bakal berlaku dalam episod ke enam The Maid 2 yang akan ditayangkan pada malam ini.

Pada episod kali ini penonton bakal dikejutkan dengan kematian seseorang. Apa yang pasti kematiannya juga berlaku dalam keadaan yang tidak disangka dan mengejut.

Malah si mati dengarnya ada sesuatu rahsia yang hendak disampaikan tentang Qina iaitu isteri baharu Jay. Ada apa dengan Qina?

Namun adakah sempat rahsia itu terbongkar sebelum si mati menemui ajal?Saksikan The Maid 2 yang ditayangkan malam ini.

The Maid 2 ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Musim kedua drama ini menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik. Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana lakonan Sherry Alhadad, Nadia (Datin Paduka Eina Azman) dan Fika (Ezzaty Abdullah) selepas mereka diceraikan oleh Jay (Norman Hakim), penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.

Dalam The Maid terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.

Mr Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay.

Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.

Selain itu, ‘Video Pengakuan The Maid 2’ (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.