Hampir menemui petunjuk siapa suspek pembunuh Jay, tiba-tiba Inspektor Kasri pula diculik dalam episod kelima The Maid 2, malam ini.

Dalam episod malam ini, keadaan di resort kecoh apabila ‘blackout’ secara tiba-tiba dan keadaan bilik menjadi gelap.

Dalam keadaan resort tiada lampu, Suhana, Fika dan Kak Mel nampak Kiambang resah lari ke satu tempat. Mereka cuba kejar Kiambang tetapi dia menghilangkan diri.

Suhana dan bekas madunya, makin syak yang itu semua adalah kerja Qina & Kiambang. Siapa sebenarnya Kiambang?

Siapakah pembunuh misteri pada kali ini? Saksikan The Maid 2 yang ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

The Maid 2 menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik. Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana lakonan Sherry Alhadad, Nadia (Datin Paduka Eina Azman) dan Fika (Ezzaty Abdullah) selepas mereka diceraikan oleh Jay (Norman Hakim), penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.

Musim terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.

Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay.

Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.

Selain itu, ‘Video Pengakuan The Maid 2’ (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.