Teka teki siapa sebenarnya Citra akhirnya terbongkar dalam episod 4 drama The Maid minggu lalu.

Citra akhirnya mengaku kepada pembantu rumah Nadia iaitu Yana yang dia adalah adik kepada arwah Elissa.

Tujuan Elissa menyamar sebagai pembantu rumah adalah untuk menyiasat siapakah pembunuh kakaknya.

Yana telah menyebut beberapa nama yang dia mula suspek selepas mencurigai kelakukan mereka.

Namun dalam video pengakuan episod yang lalu, telah menampilkan dua inspektor yang terblibat menyiasat kes tersebut.

Kedua-dua inspektor itu telah mengesyaki serta suspek beberapa nama pembunuh yang dilihat mempunyai potensi melakukan kerja itu.

Siapakah yang mereka suspek? Jangan lupa saksikan video pengakuan tersebut di bawah:


The Maid menampilkan pelakon-pelakon seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand